:::.Sajian Hati.:::

:::.Manis Strawberi.:::

Ahad, 9 Ogos 2015

Resipi Gulai Ayam Kampung

Gulai Ayam Kampung
Gulai Ayam Kampung
Oleh : Salina Ismail


Bahan Untuk Memasak Gulai Ayam Kampung :

1 ekor ayam kampung (potong 4 bahagian)
4 sudu besar makan rempah kari ayam babas
3 sudu besar minyak masak
2 sudu cili kisar
1 sudu halba campur
3 cawan air
2 biji bawang kecil (hiris halus)
2 ulas bawang putih (hiris halus)
2 tangkai daun kari
2 biji kentang (potong 4)
Setengah batang lobak merah (potong dadu)
1 cawan santan pekat
1 sudu kerisik
1 kiub pati ayam maggi
Sedikit perahan air asam jawa
Sedikit gula dan garam secukup rasa


Bahan Tumbuk :

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara Memasak Gulai Ayam Kampung :

1. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan yang dihiris iaitu bawang putih dan bawang merah, daun kari dan halba campur hingga bawang kekuningan. Kemudian masuk secawan air.

2. Tunggu air mendidih, masukkan rempah kari dan cili kisar bersama dengan bahan tumbuk dan air asam jawa. Kacaukan sekejap.

3. Tutup periuk dan sederhanakan api. Biar rempah masak sekata sampai pecah minyak.

4. Bila rempah sudah kering masuk lagi secawan air, biar sampai rempah masak lagi. Lagi lama masak rempah, gulai akan rasa lagi sedap.

5. Apabila rempah sudah betul-betul masak boleh masukkan lagi air.

6. Bila sudah mendidih boleh masukkan ayam, kerisik, kiub ayam, gula dan garam. Kacaukan sekejap.

7. Kemudian boleh masukkan santan, kentang dan lobak merah. Biar semua bahan masak sebati.

8. Apabila ayam dan kentang sudah lembut bolehlah hidangkan makanan.

9. Siap dan sedia untuk dinikmati.


Tips : Pastikan rempah betul-betul masak dan dimasak dengan lama kerana rempah yang dimasak lama akan menjadikan gulai bertambah sedap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan