Memaparkan catatan dengan label Raudah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raudah. Papar semua catatan

Jumaat, 5 September 2014

Laksam Kelantan

Laksam Kelantan

Laksam Kelantan


Bahan Untuk Laksam :

2 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
2 sudu tepung ubi
Garam
4 cawan air


Bahan Untuk Kuah Laksam :

2 kg ikan sardin rebus
4 labu bawang merah
1 inci halia
RM 3 santan
5 keping asam keping
3 sudu lada hitam (blender dan tapis masuk dalam kuah)
Garam secukup rasa


Bahan Untuk Kuah Lada :

Cabai hidup
Sedikit belacan
Cili padi
Sedikit cuka
Gula dan garam


Hiasan

Kacang panjang (dipotong nipis)
Kobis (dipotong kecil)
Taugeh (basuh dan toskan airnya)


Cara Membuat Laksam :

1. Campurkan kesemua tepung dan masukkan garam.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.

3. Panaskan periuk pengukus, tuangkan sedikit adunan ke dalam tudung periuk.

4. Ratakan hingga kena pada semua permukaan tudung seperti membuat kuih ketayap.

5. Masukkan ke dalam periuk pengukus.

6. Kukus sehingga masak.

7. Apabila telah masak, angkat dan gulung dengan kemas.


Cara Membuat Kuah Laksam :

1. Rebus ikan sardin sehingga masak.

2. Ambil isi ikan tersebut dan kisar bersama santan, bawang merah dan halia.

3. Masukkan ke dalam periuk bersama asam keping dan garam secukup rasa.

4. Kisar dan tapis lada hitam masuk ke dalam kuah.

5. Masak sehingga mendidih.


Cara Membuat Kuah Lada :

1. Kisar cili hidup, belacan dan cili menggunakan air masak.

2. Masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa.

Jumaat, 10 Januari 2014

Ikan Bakar dan Air Asam Special

Ikan bakar dan air asam special

Bahan Untuk Ikan Bakar :

Ikan
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit


Bahan Untuk Air Asam

4 biji cili hidup (dihiris)
6 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili padi (diblender)
1 ulas bawang besar (potong dadu)
2 besar ibu jari asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu sos cili @ sos tomato
1 sudu teh belacan (tak letak pun tak apa)
1 biji buah tomato (diblender)
1 biji buah tomato (dipotong dadu)
Sedikit kerisik (jika suka)
Air masak


Cara Membuat Ikan Bakar :

1. Salutkan ikan dengan kunyit dan garam secukup rasa.
2. Bakar hingga masak.


Cara Membuat Air Asam :

1. Buat air asam terlebih iaitu dengan memasukkan air masak dan gaulkannya bersama asam jawa. Tapis untuk mendapatkan air asam jawa tersebut.

2. Masukkan air asam jawa ke dalam blender bersama 2 biji cili padi dan 1 biji buah tomato. Blender hingga cili padi dan buah tomato hancur.

3. Tuangkan ke dalam mangkuk dan campurkan kesemua bahan yang lain.

4. Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Gaulkan hingga semuanya sebati.

5. Hidangkan bersama ikan bakar. Sedia untuk dinikmati.


Nota :

Sos cili @ sos tomato dimasukkan bertujuan untuk memekatkan air asam jawa dan menambahkan lagi kesedapannya.

Jumaat, 6 Julai 2012

Masak Lemak Sayur Asin-asin dan Ubi Keledek

Masak Lemak Sayur Asin-asin dan Ubi Keledek

Bahan-bahan :

Daun asin-asin
Ubi keledek (dipotong)
Santan
Garam
Udang
1 ulas bawang merah (dihiris)
2 biji cili merah (di potong)

Cara Membuatnya :

Rebus daun asin-asin bersama ubi keledek sehingga empuk. Masukkan udang, bawang merah, garam dan juga cili.

Akhir sekali, masukkan santan. Masak buat seketika. Apabila telah mendidih, cepat-cepat tutup api. Jangan sampai santan pecah minyak.

Sedia untuk dihidang.