Kerang Masak Lemak Kuning
Oleh : Salina Ismail
Bahan Untuk Membuat Kerang Masak Lemak Kuning :
1 kg kerang (cuci bersih)
1 biji santan kelapa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
5 biji cili padi*
2 batang serai (diketuk)
1 helai daun kunyit
Gula dan garam secukup rasa
Cara
Memasak Kerang Masak Lemak Kuning :
1. Kisar semua bahan yang
bertanda * hingga lumat.
2. Masukkan dalam periuk atau kuali.
Lebih mudah menggunakan kuali kerana senang untuk dikacau.
3. Buka api, masak bahan yang
dikisar hingga naik bau.
4. Kemudian boleh masukkan
santan, serai, daun kunyit, gula dan garam.
5. Kuah kena sentiasa dikacau
supaya santan tidak pecah minyak dan masak dengan api sederhana.
6. Apabila santan sudah mendidih
boleh masukkan kerang yang telah dibersihkan.
7. Masak dengan lama sedikit
anggaran masa selama 15 minit agar kulit kerang mudah terbuka dan senang untuk
dikopek nanti.
8. Sedia untuk dihidang dan
selamat menjamu selera :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan