Bahan
Untuk Menggoreng :
Ikan siakap
Tepung jagung
Telur
Minyak secukupnya
Bahan
Untuk Kuah :
Bawang merah
Bawang putih
Halia
3 biji cabai hidup
Cabai melaka (ikut citarasa)
Sos tomato
Kicap
Sos tiram
Sos cili
Garam dan gula secukup rasa
Nanas (potong dadu)
Minyak untuk menumis
Cara
Memasak Ikan :
Ikan siakap digoreng dengan
tepung jagung yang disalut telur. Apabila sudah masak, letak atas pinggan.
Ketepikan
terlebih dahulu.
Cara
Memasak Kuah :
Bawang merah, bawang putih,
halia, cabai hidup, cabai melaka diblender tetapi jangan terlalu lumat.
Selepas itu, masak dalam kuali
bersama minyak. Masukkan sedikit sos tomato, kicap dan sos tiram. Masukkan lebih sedikit sos cili.
Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan nanas. Biarkan
naik minyak dan kemudian tutup api.
Setelah itu, tuang kuah ke atas
ikan tadi. Sedia untuk dihidang.
Ni fevret zumal. Tapi tak pernah buat selalu makan di kedai je
BalasPadam