Jumaat, 24 April 2020

Masak Lemak Nanas Udang

Masak Lemak Nanas Udang
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

7 tangkai cabai kering
1 sudu rempah biji
½ sudu jintan manis
3 ulas bawang merah
Nanas
Segenggam kelapa parut (dikisar)
Santan
Udang
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Kisar cabai, rempah biji, jintan manis, bawang merah sehingga lumat.

2. Masak sekejap dalam periuk.

3. Kemudian masukkan nanas, kelapa, santan, udang dan garam.

4. Sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak.

5. Tunggu hingga mendidih dan semuanya masak.

6. Sedia untuk dihidang.


Nota :

1. Resipi ini boleh juga digunakan untuk masak ikan haruan, sepat dan puyu. Cuma kena letakkan sekeping asam keping.

2. Kalau guna kerang boleh letak bersama kacang panjang.

Udang Masak Serai

Udang Masak Serai
Air Tangan :
Ain Arina
Bahan-bahan :

Cili kering
Serai (dihiris)
4 ulas bawang merah
Udang
Asam jawa
Garam
Gula


Cara Membuatnya :

1. Kisar cili kering, serai dan juga bawang merah sehingga hancur.

2. Goreng udang sekejap dan angkat.

3. Tumiskan bahan yang dikisar.

4. Masak hingga pecah minyak.

5. Masukkan udang, air asam jawa, garam dan gula.

6. Masak sehingga mendidih dan sedia untuk dihidang.

Selasa, 14 April 2020

Resipi Asam Pedas Ayam

Asam Pedas Ayam
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Ayam
1 ulas bawang besar
3 ulas bwang putih
Halia
Kunyit hidup
Belacan
1 batang serai (diketuk)
Cabai kering yang telah dikisar
Asam jawa
Garam


Cara Membuatnya :

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup dan belacan hingga lumat.

2. Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar tadi bersama serai.

3. Tumis hingga wangi.

4. Kemudian masukkan cili yang telah dikisar.

5.  Masak hingga pecah minyak.

6. Masukkan air asam jawa, garam dan ayam.

7. Biarkan hingga ayam masak dan mendidih.

8. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Jumaat, 10 April 2020

Resipi Sate Madu



Air Tangan :
Keluarga Ayienazriey


Bahan untuk Perapan :

Isi ayam (potong kecil)
Lengkuas (potong kecil)
Serai (potong kecil)
Kunyit hidup
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Sedikit air asam jawa
Sedikit cabai kering
Jintan manis
Jintan putih
Garam dan gula
Sedikit serbuk kunyit
Perencah BBQ (jika ada)


Bahan untuk Bakar :

Serai
Madu
Minyak


Cara Membuat Bahan Perapan :

1. Masukkan lengkuas, serai, kunyit hidup, halia, cabai kering, bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan putih dan air asam jawa di dalam pengisar.

2. Kisar semuanya hingga hancur.

3. Campurkan bahan yang dikisar tadi bersama isi ayam di dalam bekas.

4. Masukkan serbuk kunyit, gula dan garam secukup rasa.

5. Masukkan juga perencah BBQ dan perap ayam selama semalaman.

6. Kemudian cucuk isi ayam pada lidi sate.


Cara Membakar

1. Pecahkan serai, letakkan minyak dan madu.

2. Sapu pada sate yang dibakar.

3. Sate akan berbau wangi dan sedap.


Nota :

1. Perencah BBQ menjadikan sate lebih sedap.

2. Serai perlu diletakkan banyak sedikit dalam bahan perapan.

3. Tutup bekas semasa proses perapan agar ia betul-betul meresap.

Ikan Lengat

Ikan Lengat

Ikan Lengat
Air Tangan :
Milia

Bahan-bahan :

Ikan
Halia (potong halus)
Asam keping
Garam


Cara Membuatnya :

1. Gaul ikan yang telah dibersihkan dengan garam seperti membuat ikan goreng.

2. Susun ikan dalam periuk pengukus.

3. Letakkan asam keping dan taburkan halia.

4. Kukus selama 5 hingga 10 minit.

5. Tutup api dan sejukkan.

6. Kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing.

7. Sedia untuk dinikmati bersama nasi dan juga air asam.


Nota :

1. Ikan ini lebih tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk biasa.

2. Apabila hendak makan boleh goreng bila-bila masa sahaja.

3. Ikan ini sedap juga dibuat masak asam.

4. Tak perlu letakkan kunyit pada ikan.