Selasa, 6 November 2018

Kek Pandan Versi Periuk Bakar Guna Dapur Gas


Air Tangan :
Ain Arina

Kredit Resipi :
Elly Faiz dan Facebook


Bahan-bahan :

1 cawan marjerin pelangi
1/2 cawan gula
3 biji telur
5 sudu susu pekat
5 sudu air pandan (blender daun pandan)
1 penutup pewarna hijau apple
1 ½ cawan tepung kek


Cara Membuatnya :

1. Blender semua bahan kecuali tepung hingga sebati.

2. Campurkan dalam tepung dan kacau secara kaup balik.

3. Masukkan dalam loyang, bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

4. Kek ini juga boleh dikukus, bergantung pada citarasa sendiri.

5. Cucuk dengan lidi, kalau tak melekit pada lidi bermakna kek sudah masak.

6. Sedia untuk dihidang .

Isnin, 5 November 2018

Donat Gebu

Air Tangan :
Suhada Yusuf

Bahan-bahan :

1 paket yis
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
1 cawan air suam
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu kecil baking powder
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Campur yis, susu pekat, gula dan air suam dalam satu bekas.

2. Kacau bagi gula larut dan biarkan 10 minit sampai yis kembang.

3. Dalam bekas lain masukkan tepung, marjerin, baking powder dan garam.

4. Ramas sampai jadi serbuk roti.

5. Campur yis yang sudah kembang tadi.

6. Adunannya  mesti melekit dan jangan tambah tepung.

7. Kalau tak melekit tambah air lagi sedikit. Uli hingga menjadi doh.

8. Rehatkan selama 1 jam. Tutup dengan kain lembab.

9. Apabila sudah sejam tumbuk buang anginnya dan bolehlah dibentuk.

10. Rehatkan 30 minit dan bolehlah digoreng.