Sabtu, 30 Jun 2018

Resipi Nasi Ayam Salina Kitchen

Resipi Nasi Ayam
Air Tangan :
Salina Ismail


A) Bahan Untuk Stok @ Rebusan Ayam :

1 ekor ayam potong 4
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Kicap manis
Kicap cair
1 sudu sos tiram
1 sudu minyak bijan
1 sudu madu @ sedikit gula


Cara Membuat Stok Ayam :

1. Panaskan air yang banyak dalam periuk hingga mendidih. Air perlu lebih sebab guna untuk nasi, sos, kicap dan juga sup. Masukkan juga kiub pati ayam.

2. Blender 1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Simpan 2 sudu bahan kisar untuk tumis nasi dan selebihnya masukkan dalam air mendidih tadi dengan ayam.

3. Rebus sampai ayam masak empuk. Angkat dan tos sekejap.

4. Perap ayam dengan kicap manis, kicap cair, 1 sudu sos tiram, 1 sudu minyak bijan, 1 sudu madu @ sedikit gula. Perap ayam seketika.


B) Bahan Untuk Sos :

3 biji cili besar (buang biji)
4 biji cili kecil @ cabai melaka (nak pedas tambah lagi)
2 ulas bawang putih
2 sudu cuka
1 sudu gula
3 sudu sos cili
Sedikit garam
2 senduk air rebusan ayam


Cara Membuat Sos :

1. Blender cili, cuka, bawang putih dan juga 2 senduk air rebusan ayam tadi.

2. Blender sampai lumat dan masak sekejap atas api.

3. Masuk gula, garam dan sos cili.

4. Masak sampai agak-agak nak pekat boleh tutup api.


C) Bahan Untuk Kicap :

Kicap manis
Kicap cair
Sos tiram
Minyak bijan
Sedikit gula
1 senduk air rebusan ayam


Cara Membuat Kuah Kicap :

1. Lebihan perapan ayam tadi, tambah sikit lagi kicap manis, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, sedikit gula dan 1 senduk air rebusan ayam tadi.

2. Masak sekejap atas api sampai agak-agak kicap nak pekat boleh tutup api.


D) Bahan Untuk Nasi :

Lemak ayam (lemak dekat bawah peha ayam)
2 sudu butter
Bahan kisar tadi
4 sekawan
Daun pandan
1 batang serai (diketuk)
Air
Garam
Sedikit pewarna kuning


Cara Memasak Nasi :

1. Panaskan butter, masukkan lemak ayam, bawang kisar tadi, 4 sekawan, daun pandan dan serai.

2. Tumis sekejap sampai bawang wangi dan lemak ayam pecah minyak. Ambil lemak ayam tadi dan buang.

3. Masuk air rebusan ayam. 4 cawan beras boleh masukkan 5 cawan setengah air rebusan ayam tadi.

4. Masukkan garam dan sedikit pewarna kuning.

5. Tunggu mendidih boleh masukkan beras dan masak nasi macam biasa.

6. Nak dapatkan nasi yang cantik jangan selalu gembur beras. Tunggu button nasi sudah naik 10 ke 15 minit baru gembur nasi. Insya-Allah dapat nasi yang cantik tak patah-patah.


E) Cara Memasak Ayam Goreng :

1. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Guna api sederhana.

2. Masukkan ayam seketul sahaja sekali goreng.

3. Tutup dengan tudung periuk sebab nanti minyak meletup-letup masa goreng.

4. Balik-balikkan ayam. Goreng sekejap sahaja nampak ayam sudah tukar warna cantik boleh angkat. Hanya nak garingkan bahagian luar sahaja. Bahagian dalam ayam sudah masak.

5. Kemudian ayam tadi bolehlah dipotong ikut kesukaan.


F) Bahan Untuk Sup :

Air rebusan ayam tadi
1 sudu kicap masin
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng


Cara Memasak Sup:

1. Air rebusan ayam tadi, masukkan 1 sudu kicap masin, sedikit lada sulah dan garam.

2. Boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


G) Bahan Hiasan :

Daun salad
Timun
Tomato