Sabtu, 6 September 2014

Kari Sembilang Mamak



Air Tangan Sahabat:
Ain Aleesya
Bahan-bahan :

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Daun kari
2 sudu halba campur
Serbuk kari ikan
Santan
Asam jawa
Kacang bendi
Minyak
Air secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halba campur dan daun kari.

2. Masak sehingga wangi dan bawang menjadi kuning.

3. Seterusnya masukkan serbuk kari ikan dan sedikit air.

4. Tunggu hingga pecah minyak.

5. Masukkan santan yang dikacau bersama asam jawa.

6. Biarkan hingga mendidih dan masukkan ikan dan kacang bendi.

7. Apabila ikan telah masak, tutup api.

8. Sedia untuk dihidang.

Hati Masak Black Paper

Hati Masak Black Paper

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya
Bahan-bahan :
 
Hati
Serbuk kunyit
Garam
Cili padi
Bawang besar (dihiris)
Lada hitam (ditumbuk)


Cara Membuatnya :
 
1. Goreng hati bersama kunyit dan garam. Biarkan masak.
 
2. Masukkan cili padi dan bawang besar.
 
3. Sebelum tutup api, masukkan lada hitam dan kacau.
 
4. Sedia untuk dihidang. 
 

Jumaat, 5 September 2014

Laksam Kelantan

Laksam Kelantan

Laksam Kelantan


Bahan Untuk Laksam :

2 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
2 sudu tepung ubi
Garam
4 cawan air


Bahan Untuk Kuah Laksam :

2 kg ikan sardin rebus
4 labu bawang merah
1 inci halia
RM 3 santan
5 keping asam keping
3 sudu lada hitam (blender dan tapis masuk dalam kuah)
Garam secukup rasa


Bahan Untuk Kuah Lada :

Cabai hidup
Sedikit belacan
Cili padi
Sedikit cuka
Gula dan garam


Hiasan

Kacang panjang (dipotong nipis)
Kobis (dipotong kecil)
Taugeh (basuh dan toskan airnya)


Cara Membuat Laksam :

1. Campurkan kesemua tepung dan masukkan garam.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati.

3. Panaskan periuk pengukus, tuangkan sedikit adunan ke dalam tudung periuk.

4. Ratakan hingga kena pada semua permukaan tudung seperti membuat kuih ketayap.

5. Masukkan ke dalam periuk pengukus.

6. Kukus sehingga masak.

7. Apabila telah masak, angkat dan gulung dengan kemas.


Cara Membuat Kuah Laksam :

1. Rebus ikan sardin sehingga masak.

2. Ambil isi ikan tersebut dan kisar bersama santan, bawang merah dan halia.

3. Masukkan ke dalam periuk bersama asam keping dan garam secukup rasa.

4. Kisar dan tapis lada hitam masuk ke dalam kuah.

5. Masak sehingga mendidih.


Cara Membuat Kuah Lada :

1. Kisar cili hidup, belacan dan cili menggunakan air masak.

2. Masukkan cuka, gula dan garam secukup rasa.

Bubur Nasi Berlada

Bubur Nasi Berlada

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan-bahan :

Ikan bilis
Bawang merah (dihiris)
Beras
1 inci halia
1 batang serai
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Lobak merah (dipotong)
Udang
Santan
Garam secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)


Cara Membuatnya :

1. Goreng ikan bilis dan bawang merah berasingan sehingga garing dan ranggup.

2. Rebus nasi bersama halia, serai, bunga lawang cengkih, kulit kayu manis dan lobak. 

3. Masukkan juga lada hitam dan udang. Rebus hingga nasi lembut.

4. Masukkan santan dan garam secukup rasa.

5. Apabila hampir masak, baru masukkan ikan bilis dan bawang tadi.

6. Taburkan daun sup dan daun bawang.

7. Sedia untuk dihidang.

Bubur Cha Cha Pelangi

Bubur Cha Cha Pelangi

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya
Bahan-bahan :

Tepung cha cha
Gula merah
Santan
Sagu
Ubi keledek oren dan ungu (potong dadu)
Daun pandan
Gula
Garam
Durian


Cara Membuatnya :

1. Tepung cha cha direbus terlebih dahulu dan toskan airnya.

2. Begitu juga dengan ubi keledek direbus sehingga empuk.

3. Masak gula merah bersama daun pandan. Tapiskan.

4. Masak gula yang ditapis tadi seketika, masukkan santan, gula dan garam, sagu dan daun pandan.

5. Kemudian, baru masukkan ubi keledek, cha cha dan durian.

6. Masak sehingga mendidih dan sedia untuk dihidang.