Memaparkan catatan dengan label Suhada Yusuf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Suhada Yusuf. Papar semua catatan
Ahad, 4 Mei 2025
Ahad, 29 Oktober 2023
Kerepek Pisang Suhada
Bahan-bahan :
Pisang nangka @ pisang tanduk @ pisang abu
Garam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya :
1. Kupas pisang dengan menggunakan pisau buah.
2. Rendam dengan air garam selama 5 minit setelah pisang dikupas.
3. Kemudian tapis airnya.
4. Panaskan minyak dalam kuali.
5. Sagat pisang atas kuali terus agar tidak melekat.
6. Goreng hingga kekuningan dan bolehlah diangkat.
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.
Sabtu, 3 Jun 2023
Homemade Aiskrim Milo
Air Tangan :
Suhada Yusuf
Bahan-bahan :
1 tin susu cair
Suku tin susu pekat @ secukup rasa
Milo secukupnya
1 sudu besar ovalett
Cara Membuatnya :
1. Guna mixer dan masukkan susu cair, susu pekat, milo dan ovalett.
2. Pukul selama 20 minit sehingga menjadi dua kali ganda.
3. Tuangkan dalam bekas dan bekukan dalam peti ais.
4. Sedia untuk dinikmati.
Jumaat, 17 Mei 2019
Masak Lemak Cili Api Siput Sedut
Air Tangan :
Suhada Yusof
Bahan-bahan :
Cabai hijau kecil @ cabai melaka @ cili padi (ditumbuk)
Bawang merah (ditumbuk)
Serai (dititik)
Daun kunyit (diikat)
Santan
Siput sedut
Kunyit hidup (ditumbuk) @ serbuk kunyit
Cara Membuatnya :
1. Tumbuk bawang merah dengan cabai hingga lumat.
2. Letak dalam periuk bersama santan, kunyit dan juga serai.
3. Masak dengan api yang kecil sehingga mendidih.
4. Masukkan siput dan daun kunyit.
5. Biar lebih kurang 10 hingga 15 minit.
6. Perasakan dengan garam secukup rasa.
7. Siap untuk dihidang dan dinikmati bersama nasi putih.
Sabtu, 20 April 2019
Kek Marble Suhada
Air Tangan :
Suhada Yusof
Bahan-bahan :
5 biji telur
1 cawan marjerin @ buttercup
½ cawan gula (kalau suka manis lebihkan sikit)
½ cawan susu pekat (kalau suka manis boleh lebihkan)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Pewarna yang disukai
Cara Membuatnya :
1. Pukul marjerin dengan gula sampai kembang (sampai tukar warna
putih).
2. Apabila sudah kembang
masukkan susu pekat dan pukul sebati.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
4. Ayak tepung gandum dengan baking powder.
5. Masukkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan tadi.
6. Pukul sehingga semuanya sebati. Jangan terlalu lama.
7. Setelah siap asingkan adunan mengikut berapa warna yang ingin
dibuat.
8. Setelah siap letak dalam loyang dan bolehlah dibakar.
9. Panaskan oven selama 10 minit suhu 200 darjah Celcius.
10. Setelah panas masukkan kek dan turunkan suhu menjadi 180 darjah
Celcius.
11. Bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak.
12. Jika ingin tahu kek sudah masak atau belum, cucuk kek
dengan lidi.
13. Jika lidi tersebut bersih maksudnya kek sudah masak.
14. Sedia untuk dihidang.
Sabtu, 13 April 2019
Kek Coklat Moist Suhada
Air Tangan :
Suhada Yusuf
Bahan Untuk Kek Coklat :
1 cawan serbuk koko
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat Kek Coklat :
1. Campurkan serbuk koko, gula
pasir, susu pekat, susu cair dan minyak masak.
2. Masak atas api yang kecil
sampai semuanya sebati.
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4. Pukul telur sehingga kembang
dan masukkan esen vanila.
5. Ayak tepung gandum bersama soda
bikarbonat dan baking powder.
6. Masukkan campuran coklat yang telah
disejukkan ke dalam telur. Kacau sebati.
7. Kemudian masukkan tepung, kaup
balik sehingga semua sebati.
8. Masukkan dalam loyang atau
bekas yang sesuai.
9. Kukus selama sejam atau sehingga
masak menggunakan api besar.
Bahan Untuk Topping Kaedah 1:
375 gram coklat masakan milk compound jenama Beryl’s (1 ½ blok)
2 sudu marjerin
Cara Membuat Topping Kaedah 1 :
1. Campurkan coklat masakan dan
juga marjerin.
2. Cairkan dengan kaedah double boiler.
3. Kemudian tuangkan ke atas kek.
4. Parut coklat masakan dan letak
di atas kek.
5. Hias kek mengikut cita rasa anda.
ATAU
Bahan Untuk Topping Kaedah 2 :
2 sudu pengilat coklat
250 gram coklat masakan (1 blok)
½ cawan susu pekat
½ cawan susu cair
1 sudu makan marjerin
Cara Membuat Topping Kaedah 2 :
2 sudu pengilat coklat
250 gram coklat masakan (1 blok)
½ cawan susu pekat
½ cawan susu cair
1 sudu makan marjerin
Cara Membuat Topping Kaedah 2 :
1. Campurkan kesemua bahan di atas.
2. Cairkan secara double boiler hingga sebati.
3. Tuangkan ke atas kek dan hias mengikut cita rasa anda.
Sabtu, 6 April 2019
Muffin Pisang Coklat Chip
Air Tangan :
Suhada Yusuf
Bahan A :
2
cawan tepung gandum
1
sudu teh soda bikarbonat
1 ½ sudu teh baking powder
Bahan B :
200 gram
pisang masak ranum (lebih kurang
3-4 biji)
½ sudu teh garam
2 biji telur gred A/B
1 1/3 cawan gula perang
½ sudu teh esen vanila
½ cawan minyak masak
1/3 cawan susu segar
½ cawan coklat chip
Badam untuk hiasan (tak letak)
Cara Membuatnya :
1. Campurkan kesemua bahan A dan
ayak. Ketepikan.
2. Lecek pisang hingga hancur dan
letakkan garam. Gaul rata. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, pukul
telur hingga kembang. Masukkan gula dan
esen vanila. Pukul lagi.
4. Setelah adunan kembang,
masukkan pisang lecek dan kacau sebati.
5. Masukkan minyak dan
bahan A sedikit demi sedikit secara bersilih ganti dengan menggunakan kaedah
kaup balik menggunakan spatula.
6. Kemudian masukkan susu segar,
kaup balik hingga sebati.
7. Akhir sekali masukkan coklat
chip, gaul rata (jangan terlebih gaul).
8. Sudukan adunan tadi ke dalam
cawan kertas (jangan terlalu penuh).
Taburkan badam sebagai hiasan.
9. Bakar pada suhu 170'C selama
20-25 minit atau hingga masak sepenuhnya.
Nota :
1. Jika menggunakan gula putih @ gula
kastor, kurangkan sukatan gula kepada ¾ @ 1 cawan sebab gula perang kurang
manis berbanding gula putih.
2. Jika ingin menggunakan pisang
emas (anggaran 8-9 biji bergantung pada saiz pisang emas).
Sumber Resepi :
http://zaralovebaking.blogspot.com/2017/08/muffin-pisang-coklat-chip.html
Selasa, 2 April 2019
Kek Coklat Cheese Suhada
Air Tangan :
Suhada Yusuf
Bahan Untuk Kek Coklat :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat Kek Coklat :
1. Campurkan serbuk koko, gula pasir, susu pekat, susu cair
dan minyak masak.
2. Masak atas api yang kecil sampai semuanya sebati.
3. Tutup api dan biarkan sejuk.
4. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan esen vanila.
5. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking
powder.
6. Masukkan campuran coklat yang telah disejukkan ke dalam telur. Kacau sebati.
6. Masukkan campuran coklat yang telah disejukkan ke dalam telur. Kacau sebati.
7. Kemudian masukkan tepung, kaup balik sehingga semua sebati.
8. Masukkan dalam loyang atau bekas yang sesuai.
9. Kukus selama sejam atau sehingga masak menggunakan api
besar.
Bahan Untuk Frosting :
250 gram cream cheese
120 gram gula aising
125 gram butter
1/2 sudu kecil lemon paste
Cara Membuat Frosting :
1. Putar sebati semuanya dan bolehlah disapu pada kek.
2. Sagat cheese dan bolehlah ditabur atas kek coklat tadi.
Nota :
1. Jika tiada lemon paste, boleh gantikan dengan perahan lemon atau cuka. Jika tak suka masam, tak perlu masukkan lemon paste.
2. Resipi frosting ini lebih tahan lama di luar kerana berasaskan butter.
Isnin, 11 Mac 2019
Kentang Goreng dengan Telur
Air Tangan :
Suhada Yusuf
Bahan-bahan :
Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
Kentang (dipotong nipis)
Telur
Garam
Cara Membuatnya :
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
2. Masukkan bawang merah dan bawang putih.
3. Tumis hingga bawang layu.
4. Masukkan ubi kentang, garam dan sedikit air bagi ubi empuk.
5. Akhir sekali masukkan telur.
6. Tunggu sehingga masak dan sedia untuk dihidang.
Langgan:
Catatan (Atom)