Memaparkan catatan dengan label Kuih-Muih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih-Muih. Papar semua catatan

Selasa, 22 Jun 2021

Kuih Puteri Ayu

 
Air Tangan :
 Cik Nurhidayah

Bahan-bahan :

4 biji telur

1 ½ cawan gula halus

1 sudu besar ovallette

1 sudu kecil perisa pandan

2 sudu kecil pewarna hijau

1 sudu kecil serbuk penaik

3 cawan tepung gandum (ayak)

1 ½ cawan santan

 

300 gram kelapa parut putih

1 sudu kecil garam

1 sudu besar tepung ubi

 

Cara Membuatnya :

1. Mula-mula masukkan telur, gula halus, ovallette, perisa pandan dan akhir sekali pewarna hijau.

2. Kisar semuanya hingga sebati.

3. Kemudian masukkan serbuk penaik, tepung gandum dan kisar lagi. 

4. Bila sebati, masukkan santan. Kisar sebati dan pastikan adunan tidak terlalu likat. 

5. Untuk kelapa, campurkan kelapa parut dengan garam dan tepung ubi. Gaulkan hingga sebati. 

6. Sapu acuan dengan sedikit minyak agar kuih tidak melekat. 

7. Masukkan kelapa parut, tekan dengan acuan lain agar lebih mampat. 

8. Kemudian, tekan pula dengan jari untuk lebih kemas.

9. Letakkan adunan yang dibancuh tadi sama paras dengan acuan agar tidak melimpah.

10. Kukus selama 10 minit, sejukkan seketika dan keluarkan kuih dari acuan.

11. Sedia untuk dinikmati.

 

Isnin, 5 November 2018

Donat Gebu

Air Tangan :
Suhada Yusuf

Bahan-bahan :

1 paket yis
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
1 cawan air suam
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu kecil baking powder
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Campur yis, susu pekat, gula dan air suam dalam satu bekas.

2. Kacau bagi gula larut dan biarkan 10 minit sampai yis kembang.

3. Dalam bekas lain masukkan tepung, marjerin, baking powder dan garam.

4. Ramas sampai jadi serbuk roti.

5. Campur yis yang sudah kembang tadi.

6. Adunannya  mesti melekit dan jangan tambah tepung.

7. Kalau tak melekit tambah air lagi sedikit. Uli hingga menjadi doh.

8. Rehatkan selama 1 jam. Tutup dengan kain lembab.

9. Apabila sudah sejam tumbuk buang anginnya dan bolehlah dibentuk.

10. Rehatkan 30 minit dan bolehlah digoreng.

Sabtu, 8 April 2017

Burger Malaysia Kak Shela

Burger Malaysia

Bahan-bahan :

6 senduk nasi tepung gandum (anggaran 3 cawan tepung gandum)
1 camca marjerin
1 camca gula
Secubit garam
1 biji telur                     
1 bungkus yis
Air


Cara Membuatnya :

1. Uli semua bahan sehingga doh menjadi lembut.

2. Biarkan ia kembang 2 kali ganda.

3. Apabila sudah kembang, tumbuk-tumbukkan doh.

4. Uli lagi sekali sehingga lembut.

5. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang diingini.

6. Biarkan kembang sedikit dan rasa ringan. Kemudian goreng sampai masak.

7. Api jangan terlalu garang takut tidak masak di bahagian dalam.

8. Biarkan sejuk dahulu dan belah untuk masukkan timun dan sambal ikan bilis.

9. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

Sabtu, 1 April 2017

Kuih Cara Manis

Kuih Cara Manis
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

1 biji telur
Daun pandan (dikisar dan ditapis)
Tepung gandum
Santan
Sedikit garam
Gula pasir secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul telur dan masukkan air daun pandan yang ditapis.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau.

3. Kemudian, masukkan santan dan sedikit garam.

4. Kacau hingga sekata dan tidak berketul.

5. Adunan tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat.

6. Panaskan acuan kuih cara dan letakkan sedikit minyak.

7. Gunakan daun pandan untuk letakkan minyak.

8. Masukkan adunan dalam acuan dan taburkan  sedikit gula.

9. Masak dengan api perlahan. Tutup acuan dengan tudung periuk.

10. Biarkan sehingga masak, kemudian bolehlah diangkat.

Sabtu, 3 Disember 2016

Kuih Lopes

Kuih Lopes

Kuih Lopes

Kuih Lopes
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Beras pulut
Daun pandan (diblender dan juga untuk disimpul)
Daun pisang
Gula merah dan gula putih
Secubit jintan manis
Kelapa parut putih
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Blender daun pandan dan tapiskan.

2. Masukkan air daun pandan dalam beras pulut.

3. Tanak atas api dan kacau hingga masak.

4. Angkat dan balut dengan daun pisang seperti membuat ketupat.

5. Ikat dengan kemas dan rebuskan.

6. Untuk kuah, masakkan gula merah dan gula putih bersama sedikit air.

7. Masukkan juga daun pandan yang disimpul dan secubit jintan manis.

8. Masak hingga mendidih dan tutup api.

9. Potong pulut dan gaulkan pulut bersama kelapa dan sedikit garam.

10. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

Kuih Cek Mek Molek

Kuih Cek Mek Molek

Kuih Cek Mek Molek
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Ubi keledek
Sedikit garam
Tepung gandum secukupnya
Gula
1 sudu besar marjerin


Cara Membuatnya :

1. Kupas dan bersihkan ubi keledek.

2. Rebus ubi keledek hingga empuk dan masukkan sedikit garam.

3. Lenyek ubi hingga hancur dan masukkan sedikit marjerin.

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Letakkan tepung hingga adunan boleh dibentuk.

6. Jangan terlalu lembik atau terlalu keras.

7. Kepalkan adunan dan buat lubang di tengah untuk letakkan gula. Tutup kembali.

8. Kemudian goreng hingga masak dan sedia untuk dinikmati.

Cucur Keria

Cucur Keria

Cucur Keria
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Ubi keledek
Sedikit garam
Tepung gandum secukupnya
Gula


Cara Membuatnya :

1. Kupas dan bersihkan ubi keledek.

2. Rebus ubi keledek hingga empuk dan masukkan sedikit garam.

3. Lenyek ubi hingga hancur dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

4. Masukkan tepung hingga adunan boleh dibentuk dijadikan gelang.

5. Jangan terlalu lembik atau terlalu keras.

6. Sebelum di letak atas talam, pastikan talam ditabur sedikit tepung dahulu.

7. Kemudian goreng hingga masak.

8. Masak air gula di atas api dan masukkan cucur keria.

9. Gaulkan hingga sekata dan sedia untuk dinikmati.

Selasa, 17 September 2013

Apam Betawi

Apam Betawi

Bahan-bahan :

1 cawan telur (lebih kurang 5 biji telur)
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna (jika suka)


Cara Membuatnya :

Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan esen vanilla. Kacau lagi.

Seterusnya masukkan tepung gandum dan pewarna. Kacau hingga sebati.

Alas acuan atau loyang dengan kertas terlebih dahulu kerana takut kuih akan melekat. Boleh juga menggunakan cawan kertas.

Panaskan tempat pengukus. Masukkan adunan dalam acuan dan kukus hingga masak. Kukus dengan api yang agak kuat.

Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidang.

Selasa, 8 Mei 2012

Karipap

Karipap


Bahan untuk Kulit:

500 gram tepung gandum
Sedikit garam dan air
4-5 sudu minyak atau marjerin (dipanaskan) 

Bahan Untuk Inti : 

Ubi keledek (dipotong dadu)
Bawang merah (dihiris)
Cabai
Rempah biji
Jintan manis
Jintan putih
1 kuntum bunga lawang
Kulit kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
Sedikit lada
Cabai Melaka (ditumbuk)
Udang hidup
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuat Kulit:

Masukkan garam dan minyak ke dalam tepung. Gaulkan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan boleh dibentuk. Kemudian bolehlah dicanai.

Cara Membuat Inti :

Blender cabai, rempah biji, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan lada. Blender sampai lumat dan ditapis.

Goreng bawang merah hingga kekuningan, masukkan bahan yang diblender tadi. Masukkan juga cabai melaka. 

Seterusnya, masukkan ubi, udang, gula dan garam secukup rasa. Tutup kuali menggunakan tudung periuk. Tunggu hingga ubi empuk dan kuahnya kering.