Ahad, 9 Ogos 2015

Resipi Daging Masak Hitam

Daging Masak Hitam
Daging Masak Hitam
Oleh : Salina Ismail


Bahan Untuk Membuat Daging Masak Hitam :

Setengah kg daging (potong besar-besar)
15 tangkai cili kering (belah dua, buang biji, basuh dan toskan)
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 batang serai
2 sudu rempah perencah sup adabi
Kicap
1 setengah sudu gula
Garam secukup rasa
1 sudu serbuk cukup rasa maggi


Untuk Hiasan :

Bawang kuning (potong bulat)
Cili merah (belah dua)


Cara Memasak Daging Masak Hitam :

1. Panaskan minyak dalam kuali, goreng cili kering sampai bertukar warna gelap kemerahan tapi jangan sampai hangit.

2. Blender cili goreng tadi bersama bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia dan sebatang serai.

3. Guna minyak yang sama tumis bahan blender tadi.

4. Masuk secawan air, daging, gula, kicap dan rempah perencah sup.

5. Ketuk lagi dua batang serai dan masukkan sekali dalam kuah. Kacau sekejap.

6. Masak dengan api perlahan, tutup kuali agar daging cepat lembut.

7. Sukatan kicap bergantung pada warna kuah. Tambahkan lagi kicap jika tidak cukup hitam.

8. Jika kuah kering tetapi daging belum lembut, boleh masuk lagi secawan air.

9. Masak sampai kuah mula pekat dan daging lembut.

10. Akhir sekali boleh perasakan dengan garam dan serbuk cukup rasa maggi.

11. Untuk hiasan kalau nak nampak lagi menarik boleh masukkan bawang kuning dan cili merah.

12. Sedia untuk dihidang dan selamat mencuba.

1 ulasan:

  1. Boleh try ni.slalu daging goreng kunyit je 😂 tq sudi share resepi.

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    BalasPadam