Ahad, 20 Oktober 2019

Air Asam Kerisik

Air Asam Kerisik
Air Tangan :
Salina Kitchen

Bahan-bahan :

3 sudu besar sos tomato heinz dalam tin
2 sudu besar sos cili
3 - 4 sudu kicap cair
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
1 sudu kerisik
2 biji bawang besar (hiris nipis)
1 biji buah tomato (hiris nipis)
1 biji cili merah (hiris nipis)
4 - 5 biji cili padi (blender kasar)
Sedikit gula dan ajinomoto


Cara Membuatnya :

1. Campur belacan, asam jawa dan kerisik dalam satu bekas.

2. Tambah setengah cawan air.

3. Sebatikan mereka bersama dan tapis untuk buang biji asam jawa.

4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, kicap cair, ajinomoto dan sedikit gula.

5. Gaulkan bersama. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris dan cili kisar.

6. Gaulkan sampai sebati. Sedia untuk dihidang.


Nota :

Tak perlu tambah garam sebab kicap cair sudah ada rasa masin.

Nasi Tomato Sedap

Air Tangan :
Salina Kitchen

Bahan-bahan :

3 cawan beras (cuci dan tos)
2 helai daun pandan simpul rapi
2 sudu besar minyak sapi @ buttercup @ planta
2 ulas bawang putih dan halia (tumbuk halus bersama)
Daun kari
1 batang serai (diketuk)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
4 senduk tomato soup jenama heinz dalam tin
1 cawan susu cair
3 ½ cawan air
1 sudu besar serbuk cukup rasa maggi @ 1 kiub pati ayam
Gula dan sedikit garam


Hiasan :

Lobak merah (potong memanjang)
Daun sup


Cara Membuatnya :

1. Mula-mula panaskan periuk nasi atas dapur gas.

2. Masukkan butter, bawang putih dan halia yang ditumbuk halus tadi.

3. Masukkan 4 sekawan iaitu bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.

4. Letakkan juga daun kari, serai dan daun pandan. Goreng sekejap hingga naik bau.

5. Kemudian boleh masuk sos tomato. Kacau-kacaukan sekejap seminit dua.

6. Seterusnya boleh masuk susu cair, cukup rasa maggi, gula dan garam secukupnya.

7. Kemudian masukkan air. Sukatan air ialah bagi 3 cawan beras bersamaan dengan  4 ½ cawan air.

8. Jadi bahagikan 1 cawan untuk susu cair dan selebihnya masuk air biasa.

9. Tunggu hingga air mendidih boleh masukkan beras, lobak merah dan daun sup.

10. Terus pindahkan periuk ke rice cooker dan masak nasi macam biasa.


Tips Penting :

Tunggu nasi kering baru gembur perlahan-lahan untuk elak nasi hancur.