
Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya
Bahan-bahan :
1 bungkus agar-agar
2 biji telur merah
1 tin susu cair
4 keping roti Gardenia
7 cawan air
2 1/2 gula pasir
Daun pandan
Pewarna merah dan hijau
Cara
Membuatnya :
1. Rebus agar-agar bersama daun
pandan hingga hancur.
2. Kemudian masukkan gula.
3. Dalam bekas lain, roti direndam
bersama susu cair dan dilenyekkan.
4. Apabila gula hancur, masukkan
susu dan roti yang dilenyek tadi. Kacau sebentar.
5. Kemudian, masukkan kuning
telur dan kacau lagi. Tutup api.
6. Asingkan kepada 3 bekas iaitu
untuk susu (asal), merah dan juga hijau.
7. Biarkan suam dan masukkan
dalam acuan secara berselang-seli.
8. Mula dari tengah acuan,
masukkan warna asal iaitu susu, warna hijau dan merah. Selang-selikan sehingga
habis.
9. Sejukkan di dalam peti sejuk
dan bolehlah dipotong.
Sedapnya tgk... Wrna pun menarik...
BalasPadamNanti nak try juga la...
BalasPadam