Isnin, 30 Mac 2020

Ikan Bakar Sambal Serai

Ikan Bakar Sambal Serai
Air Tangan :
Kak Ju

Bahan-bahan :

Ikan (dibelah belakang sampai ke perut)
Cili kering (direndam dengan air panas)
Bawang merah
Serai
Air asam jawa
Gula dan garam
Serbuk kunyit
Daun kunyit


Cara Membuatnya :

1.Tumbuk cili, bawang merah dengan serai sehingga lumat.

2. Masukkan gula, garam dan juga air asam.

3. Kacau hingga sebati.

4. Letakkan garam dan serbuk kunyit pada ikan seperti biasa.

5. Masukkan sambal yang ditumbuk pada ikan.

6. Balut ikan dengan daun kunyit yang disapu sedikit minyak.

7. Bakar sehingga masak.


Nota :

1. Lebih sedap jika menggunakan ikan kembung pada masakan ini.

2. Daun kunyit menjadikan masakan lebih wangi dan sedap.

Ahad, 29 Mac 2020

Sambal Telur Rebus

Sambal Telur Rebus
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Telur (direbus)
Cili kering (dikisar)
Bawang besar (dipotong)
Gula dan garam
Asam jawa


Cara Membuatnya :

1. Rebus telur, sejukkan dan kupas kulitnya.

2. Panaskan minyak, goreng telur sehingga garing.

3. Angkat dan ketepikan dahulu.

4. Buang sedikit minyak jika terlalu banyak.

5. Masukkan cili yang telah dikisar.

6. Masak sehingga cili masak atau pecah minyak.

7. Masukkan telur, air asam dan juga bawang besar.

8. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

9. Tunggu hingga mendidih dan sedia untuk dihidang.


Nota :

1. Anda boleh gantikan asam dengan meletakkan sos cili secukup rasa.

2. Selain itu, boleh tambah ubi kentang dalam masakan ini. 

Nasi Impit Homemade

Nasi Impit Homemade
Nasi Impit Homemade
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

1 cawan beras
5 cawan air
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Masukkan beras, air, daun pandan dan garam dalam periuk nasi.

2. Masak nasi seperti biasa dan dikacau selalu agar nasi hancur sekata.

3. Balut botol kicap atau sos dengan plastik dan sapu sedikit minyak di bahagian bawah plastik.

4. Apabila nasi sudah masak, cepat-cepat tumbuk nasi guna botol kicap tadi.

5. Tumbuk sampai jadi seperti nasi impit.

6. Kemudian masukkan dalam bekas  yang sesuai yang disapu sedikit minyak.

7. Tumbuk sekejap dan tekan rata dengan sudu atau senduk.

8. Tekan sampai padat dan biarkan nasi betul-betul sejuk sebelum dipotong. 

Nasi Impit Homemade
Nasi Impit Homemade

Rabu, 25 Mac 2020

Murtabak Kentang

Murtabak Kentang

Murtabak Kentang

Murtabak Kentang

Murtabak Kentang
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan untuk Kulit :

4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu makan gula
1 cawan air
½ sudu kecil garam
Minyak masak secukupnya untuk merendam dan menggoreng


Cara Membuat Kulit Murtabak :

1. Campurkan tepung gandum, telur, gula dan garam dalam bekas.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit.

3. Uli hingga sebati dan menjadi doh yang lembut.

4. Buat bulat-bulat kecil dan letakkan dalam bekas yang berisi minyak.

5. Simpan semalaman agar lembut untuk dicanai.


Bahan untuk Membuat Inti :

Isi ayam (potong dadu)
Ubi kentang (dipotong)
Bawang besar (potong nipis)
Cabai melaka (dihiris)
2-3 biji telur
Sedikit minyak


Cara Membuat Inti :

1. Rebus ayam dengan ubi kentang sampai empuk dan toskan airnya.

2. Letakkan minyak, bawang besar, ubi kentang, ayam, cabai melaka dan telur.

3. Buka api perlahan kacau sampai hingga semua sebati.

4. Letakkan  gula dan garam ikut citarasa sendiri.





Ahad, 15 Mac 2020

Puding Roti Cream Cracker

Puding Roti Cream Cracker
Air Tangan :
Suhana Yusof

Bahan-bahan :

1 bungkus agar-agar
1 biji telur
1 tin susu cair
20 keping biskut cream cracker
Air secukupnya
Gula secukup rasa
Daun pandan
Serbuk coklat



Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama daun pandan hingga hancur.

2. Kemudian masukkan gula secukupnya.

3. Kisar biskut cream cracker bersama susu cair sehingga hancur.

4. Masukkan ke dalam periuk yang berisi agar-agar tadi. Kacau sebentar.

5. Seterusnya, masukkan telur dan kacau lagi. Tutup api.

6. Asingkan adunan kepada 2 bahagian.

7. Satu bahagian untuk susu (asal) dan satu lagi letakkan serbuk coklat.

8. Masukkan dalam acuan secara berselang-seli sehingga habis.

9. Sejukkan di dalam peti sejuk dan bolehlah dipotong.