Memaparkan catatan dengan label Ain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ain. Papar semua catatan

Isnin, 29 Oktober 2012

Asam Pedas Ikan (Rebus)

Asam Pedas Ikan

Bahan-bahan :

Ikan
15 tangkai cili kering
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil rempah biji
1 cubit jintan manis
Daun kesum
Asam keping
Garam secukup rasa
Ajinomoto (jika suka)


Cara Membuatnya :

1. Blender cili kering, bawang merah, bawang putih, rempah biji dan jintan manis hingga lumat.

2. Setelah lumat, masukkan ke dalam periuk dan dibiarkan mendidih.

3. Masukkan daun kesum dan dibiarkan lembut.

4. Seterusnya, masukkan air setengah periuk, ikan, asam keping, garam dan ajinomoto.

5. Biarkan seketika hingga mendidih dan ikan telah masak.

6. Sedia untuk dihidang.

Ahad, 28 Oktober 2012

Bubur Lambuk Daging atau Udang

Bubur Lambuk Daging atau Udang

Bahan-bahan :

½ cawan beras
Daging
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 kuntum bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Jintan manis
Lobak merah
Serai
Lada (ditumbuk)
Daun bawang dan daun sup
1 biji kelapa dijadikan santan


Cara Membuatnya :

1. Masak beras hingga menjadi moi.

2. Dalam bekas lain, goreng bawang merah, halia, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Apabila telah kuning, masukkan ke dalam moi tadi.

3. Masukkan santan, jintan manis, lada ditumbuk, serai dan daging. Kacau hingga sekata.

4. Biarkan mendidih, masukkan lobak merah dan dibiarkan hingga empuk.

5. Masukkan daun bawang dan daun sup. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Bubur Pulut Hitam

Bubur Pulut Hitam

Bahan-bahan :

Pulut hitam (direndam dahulu)
Santan daripada 1 biji kelapa
Gula merah
Gula putih
Sagu
Dua helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Masak pulut hitam sehingga empuk.

2. Gula merah dimasak dan ditapis kemudian masukkan ke dalam pulut hitam yang sudah empuk tadi.

3. Masukkan santan bersama daun pandan dan kacau.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali, masukkan sagu. Tunggu hingga mendidih

5. Sedia untuk dihidang.

Rabu, 23 Mei 2012

Ikan Masak Sos

Ikan Masak Sos

Bahan-bahan :

Ikan (digoreng terlebih dahulu)
Cili merah (dipotong)
Cabai melaka (dipotong)
Sos cili
Sonak jagung (dipotong)
Bawang besar (dipotong)
Minyak (untuk menumis)

Cara Membuatnya :

Panaskan sedikit minyak, tumiskan cili merah dan cabai melaka.

Kemudian, masukkan sos cili, sonak jagung, bawang, gula dan garam beserta sedikit air. 

Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng. Sedia untuk dihidang.

Udang Masak Cili Api

Udang Masak Cili Api

Bahan-bahan :

Udang
Serbuk kunyit
Cili api
Bawang besar (dipotong)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng udang yang dicampurkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. 

Kemudian, masukkan bawang besar dan cili padi. Lebihkan cili padi jika mahu lebih pedas.

Kacau hingga sebati. Bolehlah ditutup api dan dihidang.

Selasa, 8 Mei 2012

Pasembor

Pasembor

Bahan-bahan :

Cili kering
Bawang merah (dihiris)
Serbuk kacang (kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dimesin)
Kangkung (dicelur)
Tauhu (digoreng)
Tauge (dicelur)
Kerang (direbus dan dibuang kulit)
Sengkuang
Gula dan garam secukup rasa
Minyak
 

Cara Membuatnya :

Goreng cili kering dengan minyak hingga garing. Kemudian, blender hingga lumat. Masukkan juga serbuk kacang dan diblender sekejap sahaja. 

Selepas itu, masukkan dalam kuali yang telah digoreng dengan bawang hingga kekuningan. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Biarkan agak pekat dan campurkan dengan kangkung, tauge, kerang dan sengkuang. Kacau hingga sebati.

Sedia untuk dihidang.

Daging Berlada

Daging Berlada

Bahan-bahan :

Daging
Bawang besar (dihiris)
Cabai melaka (tak perlu dipotong)
Lada (ditumbuk)
Kunyit
garam

Cara Membuatnya :

Rebus daging hingga empuk dan lembut.

Panaskan minyak, tumis bawang. Masukkan cabai melaka, lada dan kunyit. Kacau.

Masukkan daging yang telah direbus dan tambahkan garam secukup rasa.

Karipap

Karipap


Bahan untuk Kulit:

500 gram tepung gandum
Sedikit garam dan air
4-5 sudu minyak atau marjerin (dipanaskan) 

Bahan Untuk Inti : 

Ubi keledek (dipotong dadu)
Bawang merah (dihiris)
Cabai
Rempah biji
Jintan manis
Jintan putih
1 kuntum bunga lawang
Kulit kayu manis
1 kuntum bunga cengkih
Sedikit lada
Cabai Melaka (ditumbuk)
Udang hidup
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuat Kulit:

Masukkan garam dan minyak ke dalam tepung. Gaulkan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh dan boleh dibentuk. Kemudian bolehlah dicanai.

Cara Membuat Inti :

Blender cabai, rempah biji, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan lada. Blender sampai lumat dan ditapis.

Goreng bawang merah hingga kekuningan, masukkan bahan yang diblender tadi. Masukkan juga cabai melaka. 

Seterusnya, masukkan ubi, udang, gula dan garam secukup rasa. Tutup kuali menggunakan tudung periuk. Tunggu hingga ubi empuk dan kuahnya kering.

Rabu, 25 April 2012

Telur Masak Putih

Telur Masak Putih

Bahan-bahan : 

Telur (direbus dan dikupas kulitnya)
1 bungkus kecil serbuk kurma adabi
1 camca rempah biji
1 camca lada
Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
1 keping kulit kayu manis (yang kecil)
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
Santan pekat
Cili hidup (dihiris kepalanya)
Bawang besar (potong 4)
Ubi kentang
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara Membuatnya :

Kisar serbuk kurma adabi bersama rempah biji dan lada. Kisar hingga lumat dan tapis. Ketepikan dahulu.

Tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Goreng hingga kuning.

Masukkan bahan yang dikisar tadi dan juga garam. Tunggu hingga naik minyak. Setelah pecah minyak, masukkan telur dan ubi kentang. Biarkan seketika.

Akhir sekali, masukkan santan bersama bawang besar dan cili hidup. Biarkan mendidih.

Kerabu Mangga

Kerabu Mangga


Bahan-bahan :

Mangga muda (dicincang)
3 biji cili kering (ditumbuk)
1 biji cabai hidup (ditumbuk)
Cabai melaka (dihiris)
Bawang besar (dihiris nipis)
Bunga kantan (dihiris nipis)
Ikan bilis (digoreng dan ditumbuk kasar)
Kacang (digoreng dan ditumbuk halus)
Gula
Garam

Cara Membuatnya :

Campurkan semua bahan di dalam bekas. Gaul hingga sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedia untuk dihidang.