Ahad, 27 Julai 2025

Resipi Ayam Masak Merah Nazirah


Bahan-bahan :

Bawang besar

Bawang putih

Halia

Serai

Cili kering yang dikisar

Kulit kayu manis

Bunga lawang

Buah pelaga

Tomato puri

Susu cair

Sos tiram

Sos cili

Gula melaka

Kiub ayam

Garam

Ayam

Daun pandan (simpul)

 

Cara Membuatnya :

1. Goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

2. Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai.

3. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.

4. Tumiskan juga bahan yang dikisar tadi dan juga daun pandan.

5. Kemudian, masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak.

6. Masukkan tomato puri, kiub ayam dan juga susu cair sedikit.

7. Letak sos tiram, sos cili, gula melaka dan garam secukup rasa.

8. Kemudian masukkan ayam telah digoreng tadi.

 

Nota :

1. Jika nak masakan warna cantik terang, letakkan sedikit serbuk cili.

2. Untuk hiasan letak lobak merah, daun sup dan bawang holland.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan