Jumaat, 10 April 2020

Ikan Lengat

Ikan Lengat

Ikan Lengat
Air Tangan :
Milia

Bahan-bahan :

Ikan
Halia (potong halus)
Asam keping
Garam


Cara Membuatnya :

1. Gaul ikan yang telah dibersihkan dengan garam seperti membuat ikan goreng.

2. Susun ikan dalam periuk pengukus.

3. Letakkan asam keping dan taburkan halia.

4. Kukus selama 5 hingga 10 minit.

5. Tutup api dan sejukkan.

6. Kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing.

7. Sedia untuk dinikmati bersama nasi dan juga air asam.


Nota :

1. Ikan ini lebih tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk biasa.

2. Apabila hendak makan boleh goreng bila-bila masa sahaja.

3. Ikan ini sedap juga dibuat masak asam.

4. Tak perlu letakkan kunyit pada ikan.

Isnin, 30 Mac 2020

Ikan Bakar Sambal Serai

Ikan Bakar Sambal Serai
Air Tangan :
Kak Ju

Bahan-bahan :

Ikan (dibelah belakang sampai ke perut)
Cili kering (direndam dengan air panas)
Bawang merah
Serai
Air asam jawa
Gula dan garam
Serbuk kunyit
Daun kunyit


Cara Membuatnya :

1.Tumbuk cili, bawang merah dengan serai sehingga lumat.

2. Masukkan gula, garam dan juga air asam.

3. Kacau hingga sebati.

4. Letakkan garam dan serbuk kunyit pada ikan seperti biasa.

5. Masukkan sambal yang ditumbuk pada ikan.

6. Balut ikan dengan daun kunyit yang disapu sedikit minyak.

7. Bakar sehingga masak.


Nota :

1. Lebih sedap jika menggunakan ikan kembung pada masakan ini.

2. Daun kunyit menjadikan masakan lebih wangi dan sedap.

Ahad, 29 Mac 2020

Sambal Telur Rebus

Sambal Telur Rebus
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Telur (direbus)
Cili kering (dikisar)
Bawang besar (dipotong)
Gula dan garam
Asam jawa


Cara Membuatnya :

1. Rebus telur, sejukkan dan kupas kulitnya.

2. Panaskan minyak, goreng telur sehingga garing.

3. Angkat dan ketepikan dahulu.

4. Buang sedikit minyak jika terlalu banyak.

5. Masukkan cili yang telah dikisar.

6. Masak sehingga cili masak atau pecah minyak.

7. Masukkan telur, air asam dan juga bawang besar.

8. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.

9. Tunggu hingga mendidih dan sedia untuk dihidang.


Nota :

1. Anda boleh gantikan asam dengan meletakkan sos cili secukup rasa.

2. Selain itu, boleh tambah ubi kentang dalam masakan ini.