Bahan-bahan
:
Daging
Ajinomoto
Sos tomato
Santan dan sedikit susu
Lobak
Bahan
Blender 1 :
1 sudu kecil rempah biji
1 sudu kecil lada
Perencah kurma adabi
Bahan
Blender 2 :
Cabai hidup
Kacang tanah
Bahan
Untuk Tumis :
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Bahan
Hiasan :
Bawang besar
Tomato
Daun bawang dan daun sup
Cara
Membuatnya :
1. Goreng semua bahan untuk
ditumis hingga kuning di dalam minyak sapi atau minyak masak.
2. Masukkan bahan blender 1 iaitu
rempah biji, lada dan perencah kurma. Biarkan mendidih dan masukkan daging.
3. Kemudian, masukkan bahan
blender 2, santan, sedikit susu dan lobak. Biarkan mendidih.
4. Masukkan sedikit sos tomato,
gula, garam dan ajinomoto. Biar agak kering dan pecah minyak.
5. Akhir sekali, masukkan bahan
hiasan.
6. Sedia untuk dihidang.