Air Tangan :
Suhada Yusuf
Bahan A :
2
cawan tepung gandum
1
sudu teh soda bikarbonat
1 ½ sudu teh baking powder
Bahan B :
200 gram
pisang masak ranum (lebih kurang
3-4 biji)
½ sudu teh garam
2 biji telur gred A/B
1 1/3 cawan gula perang
½ sudu teh esen vanila
½ cawan minyak masak
1/3 cawan susu segar
½ cawan coklat chip
Badam untuk hiasan (tak letak)
Cara Membuatnya :
1. Campurkan kesemua bahan A dan
ayak. Ketepikan.
2. Lecek pisang hingga hancur dan
letakkan garam. Gaul rata. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, pukul
telur hingga kembang. Masukkan gula dan
esen vanila. Pukul lagi.
4. Setelah adunan kembang,
masukkan pisang lecek dan kacau sebati.
5. Masukkan minyak dan
bahan A sedikit demi sedikit secara bersilih ganti dengan menggunakan kaedah
kaup balik menggunakan spatula.
6. Kemudian masukkan susu segar,
kaup balik hingga sebati.
7. Akhir sekali masukkan coklat
chip, gaul rata (jangan terlebih gaul).
8. Sudukan adunan tadi ke dalam
cawan kertas (jangan terlalu penuh).
Taburkan badam sebagai hiasan.
9. Bakar pada suhu 170'C selama
20-25 minit atau hingga masak sepenuhnya.
Nota :
1. Jika menggunakan gula putih @ gula
kastor, kurangkan sukatan gula kepada ¾ @ 1 cawan sebab gula perang kurang
manis berbanding gula putih.
2. Jika ingin menggunakan pisang
emas (anggaran 8-9 biji bergantung pada saiz pisang emas).
Sumber Resepi :
http://zaralovebaking.blogspot.com/2017/08/muffin-pisang-coklat-chip.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan