Ahad, 20 Oktober 2019

Nasi Tomato Sedap

Air Tangan :
Salina Kitchen

Bahan-bahan :

3 cawan beras (cuci dan tos)
2 helai daun pandan simpul rapi
2 sudu besar minyak sapi @ buttercup @ planta
2 ulas bawang putih dan halia (tumbuk halus bersama)
Daun kari
1 batang serai (diketuk)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
4 senduk tomato soup jenama heinz dalam tin
1 cawan susu cair
3 ½ cawan air
1 sudu besar serbuk cukup rasa maggi @ 1 kiub pati ayam
Gula dan sedikit garam


Hiasan :

Lobak merah (potong memanjang)
Daun sup


Cara Membuatnya :

1. Mula-mula panaskan periuk nasi atas dapur gas.

2. Masukkan butter, bawang putih dan halia yang ditumbuk halus tadi.

3. Masukkan 4 sekawan iaitu bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga.

4. Letakkan juga daun kari, serai dan daun pandan. Goreng sekejap hingga naik bau.

5. Kemudian boleh masuk sos tomato. Kacau-kacaukan sekejap seminit dua.

6. Seterusnya boleh masuk susu cair, cukup rasa maggi, gula dan garam secukupnya.

7. Kemudian masukkan air. Sukatan air ialah bagi 3 cawan beras bersamaan dengan  4 ½ cawan air.

8. Jadi bahagikan 1 cawan untuk susu cair dan selebihnya masuk air biasa.

9. Tunggu hingga air mendidih boleh masukkan beras, lobak merah dan daun sup.

10. Terus pindahkan periuk ke rice cooker dan masak nasi macam biasa.


Tips Penting :

Tunggu nasi kering baru gembur perlahan-lahan untuk elak nasi hancur.

Jumaat, 17 Mei 2019

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut
Air Tangan :
Suhada Yusof


Bahan-bahan :

Cabai hijau kecil @ cabai melaka @ cili padi (ditumbuk)
Bawang merah (ditumbuk)
Serai (dititik)
Daun kunyit (diikat)
Santan
Siput sedut
Kunyit hidup (ditumbuk) @ serbuk kunyit


Cara Membuatnya :

1. Tumbuk bawang merah dengan cabai hingga lumat.

2. Letak dalam periuk bersama santan, kunyit dan juga serai.

3. Masak dengan api yang kecil sehingga mendidih.

4. Masukkan siput dan daun kunyit.

5. Biar lebih kurang 10 hingga 15 minit.

6. Perasakan dengan garam secukup rasa.

7. Siap untuk dihidang dan dinikmati bersama nasi putih.

Sabtu, 20 April 2019

Kek Marble Suhada

Resipi Kek Marble

Resipi Kek Marble

Resipi Kek Marble

Resipi Kek Marble

Resipi Kek Marble
Air Tangan :
Suhada Yusof

Bahan-bahan :

5 biji telur
1 cawan marjerin @ buttercup
½ cawan gula (kalau suka manis lebihkan sikit)
½ cawan susu pekat (kalau suka manis boleh lebihkan)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Pewarna yang disukai


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dengan gula sampai kembang (sampai tukar warna putih).

2. Apabila  sudah kembang masukkan susu pekat dan pukul sebati.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.

4. Ayak tepung gandum dengan baking powder.

5. Masukkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan tadi.

6. Pukul sehingga semuanya sebati. Jangan terlalu lama.

7. Setelah siap asingkan adunan mengikut berapa warna yang ingin dibuat.

8. Setelah siap letak dalam loyang dan bolehlah dibakar.

9. Panaskan oven selama 10 minit suhu 200 darjah Celcius.

10. Setelah panas masukkan kek dan turunkan suhu menjadi 180 darjah Celcius.

11. Bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak.

12. Jika ingin tahu kek sudah masak atau belum, cucuk kek dengan lidi.

13. Jika lidi tersebut bersih maksudnya kek sudah masak.

14. Sedia untuk dihidang.