Jumaat, 17 Mei 2019

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut

Masak Lemak Cili Api Siput Sedut
Air Tangan :
Suhada Yusof


Bahan-bahan :

Cabai hijau kecil @ cabai melaka @ cili padi (ditumbuk)
Bawang merah (ditumbuk)
Serai (dititik)
Daun kunyit (diikat)
Santan
Siput sedut
Kunyit hidup (ditumbuk) @ serbuk kunyit


Cara Membuatnya :

1. Tumbuk bawang merah dengan cabai hingga lumat.

2. Letak dalam periuk bersama santan, kunyit dan juga serai.

3. Masak dengan api yang kecil sehingga mendidih.

4. Masukkan siput dan daun kunyit.

5. Biar lebih kurang 10 hingga 15 minit.

6. Perasakan dengan garam secukup rasa.

7. Siap untuk dihidang dan dinikmati bersama nasi putih.

Sabtu, 20 April 2019

Kek Marble Suhada

Resipi Kek Marble

Resipi Kek Marble

Resipi Kek Marble

Resipi Kek Marble

Resipi Kek Marble
Air Tangan :
Suhada Yusof

Bahan-bahan :

5 biji telur
1 cawan marjerin @ buttercup
½ cawan gula (kalau suka manis lebihkan sikit)
½ cawan susu pekat (kalau suka manis boleh lebihkan)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Pewarna yang disukai


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dengan gula sampai kembang (sampai tukar warna putih).

2. Apabila  sudah kembang masukkan susu pekat dan pukul sebati.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.

4. Ayak tepung gandum dengan baking powder.

5. Masukkan tepung perlahan-lahan ke dalam adunan tadi.

6. Pukul sehingga semuanya sebati. Jangan terlalu lama.

7. Setelah siap asingkan adunan mengikut berapa warna yang ingin dibuat.

8. Setelah siap letak dalam loyang dan bolehlah dibakar.

9. Panaskan oven selama 10 minit suhu 200 darjah Celcius.

10. Setelah panas masukkan kek dan turunkan suhu menjadi 180 darjah Celcius.

11. Bakar selama 40 minit atau sehingga kek masak.

12. Jika ingin tahu kek sudah masak atau belum, cucuk kek dengan lidi.

13. Jika lidi tersebut bersih maksudnya kek sudah masak.

14. Sedia untuk dihidang.

Sabtu, 13 April 2019

Kek Coklat Moist Suhada

Kek Coklat Moist Suhada

Kek Coklat Moist Suhada
Air Tangan :
Suhada Yusuf

Bahan Untuk Kek Coklat :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder


Cara Membuat Kek Coklat :

1. Campurkan serbuk koko, gula pasir, susu pekat, susu cair dan minyak masak.

2. Masak atas api yang kecil sampai semuanya sebati.

3. Tutup api dan biarkan sejuk.

4. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan esen vanila.

5. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.

6. Masukkan campuran coklat yang telah disejukkan ke dalam telur. Kacau sebati.

7. Kemudian masukkan tepung, kaup balik sehingga semua sebati.

8. Masukkan dalam loyang atau bekas yang sesuai.

9. Kukus selama sejam atau sehingga masak menggunakan api besar.


Bahan Untuk Topping Kaedah 1:

375 gram coklat masakan  milk compound jenama Beryl’s (1 ½ blok)
2 sudu marjerin


Cara Membuat Topping Kaedah 1 :

1. Campurkan coklat masakan dan juga marjerin.

2. Cairkan dengan kaedah double boiler.

3. Kemudian tuangkan ke atas kek.

4. Parut coklat masakan dan letak di atas kek.

5. Hias kek mengikut cita rasa anda.


                  ATAU


Bahan Untuk Topping Kaedah 2 :

2 sudu pengilat coklat
250 gram coklat masakan (1 blok)
½ cawan susu pekat
½ cawan susu cair
1 sudu makan marjerin


Cara Membuat Topping Kaedah 2 :

1. Campurkan kesemua bahan di atas.

2. Cairkan secara double boiler hingga sebati.

3. Tuangkan ke atas kek dan hias mengikut cita rasa anda.