Isnin, 26 Jun 2017

Agar-agar Kering Ain



Sumber Resipi :
Ain Arina

Bahan-bahan :

1 tahil agar-agar
1 kg gula pasir
100 gram gula batu
Air
Pewarna


Cara Membuatnya :

1. Guna periuk sederhana besar, masukkan air separuh daripada periuk tersebut.

2. Rebus agar-agar hingga mendidih dan hancur.

3. Kemudian, masukkan gula pasir dan gula batu.

4. Masak hingga gula larut. Tutup api.

5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna.

6. Biarkan agar-agar keras dan bolehlah dipotong.

7. Jemur di bawah terik  matahari sehingga kering.

8. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga di hari lebaran.

Sabtu, 8 April 2017

Burger Malaysia Kak Shela

Burger Malaysia

Bahan-bahan :

6 senduk nasi tepung gandum (anggaran 3 cawan tepung gandum)
1 camca marjerin
1 camca gula
Secubit garam
1 biji telur                     
1 bungkus yis
Air


Cara Membuatnya :

1. Uli semua bahan sehingga doh menjadi lembut.

2. Biarkan ia kembang 2 kali ganda.

3. Apabila sudah kembang, tumbuk-tumbukkan doh.

4. Uli lagi sekali sehingga lembut.

5. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang diingini.

6. Biarkan kembang sedikit dan rasa ringan. Kemudian goreng sampai masak.

7. Api jangan terlalu garang takut tidak masak di bahagian dalam.

8. Biarkan sejuk dahulu dan belah untuk masukkan timun dan sambal ikan bilis.

9. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

Sabtu, 1 April 2017

Kek Cheese

Kek Cheese

Bahan Kek Cheese

Bahan-bahan :

1/2 cawan susu pekat
1/3 cawan susu segar @ tak sampai ½ cawan susu segar
1 bungkus cream cheese tatura
Kek segera perisa vanila jenama Nona
Keju cheddar (diparut)


Cara Membuatnya :

1. Pertama sekali buat kek segera yang dibeli seperti biasa.

2. Masukkan adunan kek ke dalam bekas yang sesuai dan bakar hingga masak.

3. Kemudian, biarkan kek sejuk sebelum di tuang krim cheese.


Cara Membuat Krim Cheese

1. Campurkan susu pekat, cream cheese dan susu segar.

2. Putar ketiga-tiga bahan tersebut hingga kembang.

3. Tuangkan atas kek yang telah sejuk tadi.

4. Ketebalannya mengikut citarasa masing-masing.

5. Seterusnya, taburkan keju cheddar yang telah diparut.

6. Akhir sekali simpan di dalam peti sejuk untuk menyejukkannya.

7. Sedia untuk dihidang.

8. Kek ini enak sekali dimakan ketika sejuk.