Sumber Resipi :
Ain Arina
Bahan-bahan :
1 tahil agar-agar
1 kg gula pasir
100 gram gula batu
Air
Pewarna
Cara Membuatnya :
1. Guna periuk sederhana besar, masukkan air separuh daripada periuk
tersebut.
2. Rebus agar-agar hingga mendidih dan hancur.
3. Kemudian, masukkan gula pasir dan gula batu.
4. Masak hingga gula larut. Tutup api.
5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna.
6. Biarkan agar-agar keras dan bolehlah dipotong.
7. Jemur di bawah terik matahari sehingga kering.
8. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga di hari lebaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan