Ahad, 15 Mac 2020

Puding Roti Cream Cracker

Puding Roti Cream Cracker
Air Tangan :
Suhana Yusof

Bahan-bahan :

1 bungkus agar-agar
1 biji telur
1 tin susu cair
20 keping biskut cream cracker
Air secukupnya
Gula secukup rasa
Daun pandan
Serbuk coklat



Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama daun pandan hingga hancur.

2. Kemudian masukkan gula secukupnya.

3. Kisar biskut cream cracker bersama susu cair sehingga hancur.

4. Masukkan ke dalam periuk yang berisi agar-agar tadi. Kacau sebentar.

5. Seterusnya, masukkan telur dan kacau lagi. Tutup api.

6. Asingkan adunan kepada 2 bahagian.

7. Satu bahagian untuk susu (asal) dan satu lagi letakkan serbuk coklat.

8. Masukkan dalam acuan secara berselang-seli sehingga habis.

9. Sejukkan di dalam peti sejuk dan bolehlah dipotong.

Ahad, 17 November 2019

Murtabak Popia

Murtabak Popia
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Kulit popia saiz besar
Isi ayam (potong dadu)
Serbuk kari
Bawang besar (potong dadu)
Ubi kentang (potong dadu)
Daun bawang (dihiris)
3 biji telur
Minyak @ marjerin untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak, masukkan bawang besar dan masak hingga layu.

2. Masukkan serbuk kari, ubi kentang, isi ayam dan sedikit air.

3. Masak seperti membuat inti karipap.

4. Apabila sudah masak, masukkan daun bawang. Biarkan sejuk.

5. Pecahkan telur dan pukul sedikit.

6. Kemudian masukkan sekali dalam inti tadi dan kacau.

7. Letak inti di tengah kulit popia dan lipat seperti membuat lepat.

8. Goreng seperti membuat telur dadar dengan menggunakan minyak yang sedikit.

9. Sedia untuk dihidang.

Ahad, 20 Oktober 2019

Air Asam Kerisik

Air Asam Kerisik
Air Tangan :
Salina Kitchen

Bahan-bahan :

3 sudu besar sos tomato heinz dalam tin
2 sudu besar sos cili
3 - 4 sudu kicap cair
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
1 sudu kerisik
2 biji bawang besar (hiris nipis)
1 biji buah tomato (hiris nipis)
1 biji cili merah (hiris nipis)
4 - 5 biji cili padi (blender kasar)
Sedikit gula dan ajinomoto


Cara Membuatnya :

1. Campur belacan, asam jawa dan kerisik dalam satu bekas.

2. Tambah setengah cawan air.

3. Sebatikan mereka bersama dan tapis untuk buang biji asam jawa.

4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, kicap cair, ajinomoto dan sedikit gula.

5. Gaulkan bersama. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris dan cili kisar.

6. Gaulkan sampai sebati. Sedia untuk dihidang.


Nota :

Tak perlu tambah garam sebab kicap cair sudah ada rasa masin.