Jumaat, 5 September 2014

Bubur Nasi Berlada

Bubur Nasi Berlada

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan-bahan :

Ikan bilis
Bawang merah (dihiris)
Beras
1 inci halia
1 batang serai
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Lobak merah (dipotong)
Udang
Santan
Garam secukup rasa
1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk)


Cara Membuatnya :

1. Goreng ikan bilis dan bawang merah berasingan sehingga garing dan ranggup.

2. Rebus nasi bersama halia, serai, bunga lawang cengkih, kulit kayu manis dan lobak. 

3. Masukkan juga lada hitam dan udang. Rebus hingga nasi lembut.

4. Masukkan santan dan garam secukup rasa.

5. Apabila hampir masak, baru masukkan ikan bilis dan bawang tadi.

6. Taburkan daun sup dan daun bawang.

7. Sedia untuk dihidang.

Bubur Cha Cha Pelangi

Bubur Cha Cha Pelangi

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya
Bahan-bahan :

Tepung cha cha
Gula merah
Santan
Sagu
Ubi keledek oren dan ungu (potong dadu)
Daun pandan
Gula
Garam
Durian


Cara Membuatnya :

1. Tepung cha cha direbus terlebih dahulu dan toskan airnya.

2. Begitu juga dengan ubi keledek direbus sehingga empuk.

3. Masak gula merah bersama daun pandan. Tapiskan.

4. Masak gula yang ditapis tadi seketika, masukkan santan, gula dan garam, sagu dan daun pandan.

5. Kemudian, baru masukkan ubi keledek, cha cha dan durian.

6. Masak sehingga mendidih dan sedia untuk dihidang.

Rabu, 27 Ogos 2014

Nasi Lemak Wangi

Nasi Lemak Wangi

Nasi Lemak Wangi

Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya

Bahan-bahan :

Beras
2 ulas bawang merah (dihiris)
Halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
3 helai daun pandan (disimpul)
Santan dari 1 biji kelapa
Secubit lada hitam
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Basuh beras sehingga bersih.

2. Masukkan kesemua bahan ke dalam beras tadi.

3. Jangan lupa masukkan garam untuk menambah rasa pada nasi.

4. Kuantiti santan adalah seperti memasak nasi biasa.

5. Bila nasi mendidih, kacaukannya sehingga semua bahan sebati.

6. Biarkan sehingga nasi masak.

7. Sedia untuk dihidang bersama sambal telur.