Isnin, 8 Februari 2021

Masak Lemak Keman dengan Ikan Keli

Air Tangan :
 Rehan

Bahan-bahan :

Daun keman

Rempah ikan

Bawang putih

Santan

Garam secukup rasa

Sedikit serbuk kunyit

Ikan keli

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan daun keman dalam periuk dan air. Masak bagi lembut.

2. Apabila  daun keman sudah lembut, masukkan bawang putih dan rempah ikan.

3. Masak bagi mendidih dan boleh masukkan santan dan juga ikan.

4. Akhir sekali masukkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

5. Sedia untuk dinikmati.

 

Sabtu, 12 Disember 2020

Asam Pedas Ikan (Tumis)


 
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan : 

20 tangkai cili kering

3 ulas bawang putih 

1 labu bawang besar

2 batang serai

Sedikit belacan

2 cm halia

1 cm lengkuas

Daun kesum

½ cawan air asam jawa

Bendi

Buah tomato

Ikan

 

Cara Membuatnya :  

1. Kisar cili kering, bawang putih, bawang besar, serai, belacan dan halia sampai lumat.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis lengkuas bersama bahan yang dikisar tadi.

3. Masukkan daun kesum, masak hingga pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.

5. Masukkan ikan, bendi dan akhir sekali buah tomato.

6. Masak hingga mendidih dan semua bahan lembut.

7. Tutup api dan sedia untuk dihidang.  

 

Sabtu, 17 Oktober 2020

Nasi Hujan Panas

Air Tangan : 

Ain Arina

Bahan-bahan : 

Bawang merah (dihiris) 

Barang putih (dihiris) 

Halia (dihiris) 

Bunga lawang 

Bunga cengkih 

Kulit kayu manis 

Sedikit minyak sapi

Kiub ayam

Susu cair 

Garam secukup rasa

Air secukupnya

Pewarna

Bawang goreng

Daun bawang (dipotong)

Kismis

 

Cara Membuatnya : 

1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis. 

2. Letak minyak sapi sedikit, kiub ayam, susu cair, garam secukup rasa dan air secukupnya. 

3. Kemudian masukkan beras. Masak hingga mendidih dan kering.

4. Terus titik pewarna, cuma titik-titikkan pewarna dan tutup semula tudung periuk.

5. Tutup sekejap dalam 5 minit dan pewarna itu akan kembang.

6. Kemudian gaul perlahan-lahan agar nasi kelihatan cantik.

7. Apabila nasi sudah masak elok, bolehlah letakkan bawang goreng, daun bawang dan kismis.

 

Nota :

1. Sukatan susu cair adalah mengikut kesukaan, nak lebih sedap masukkan lebih.

2. Garam tidak perlu dimasukkan terlalu banyak kerana kiub ayam sudah berasa masin.