Selasa, 2 April 2019

Kek Coklat Cheese Suhada




Air Tangan :
Suhada Yusuf


Bahan Untuk Kek Coklat :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder


Cara Membuat Kek Coklat :

1. Campurkan serbuk koko, gula pasir, susu pekat, susu cair dan minyak masak.

2. Masak atas api yang kecil sampai semuanya sebati.

3. Tutup api dan biarkan sejuk.

4. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan esen vanila.

5. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.

6. Masukkan campuran coklat yang telah disejukkan ke dalam telur. Kacau sebati.

7. Kemudian masukkan tepung, kaup balik sehingga semua sebati.

8. Masukkan dalam loyang atau bekas yang sesuai.

9. Kukus selama sejam atau sehingga masak menggunakan api besar.


Bahan Untuk Frosting :

250 gram cream cheese
120 gram gula aising
125 gram butter
1/2 sudu kecil lemon paste


Cara Membuat Frosting :

1. Putar sebati semuanya dan bolehlah disapu pada kek.

2. Sagat cheese dan bolehlah ditabur atas kek coklat tadi.


Nota :

1. Jika tiada lemon paste, boleh gantikan dengan perahan lemon atau cuka. Jika tak suka masam, tak perlu masukkan lemon paste.

2. Resipi frosting ini lebih tahan lama di luar kerana berasaskan butter.

Isnin, 11 Mac 2019

Kentang Goreng dengan Telur

Air Tangan :
Suhada Yusuf

Bahan-bahan :

Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
Kentang (dipotong nipis)
Telur
Garam


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2. Masukkan bawang merah dan bawang putih.

3. Tumis hingga bawang layu.

4. Masukkan ubi kentang, garam dan sedikit air bagi ubi empuk.

5. Akhir sekali masukkan telur.

6. Tunggu sehingga masak dan sedia untuk dihidang.

Ahad, 10 Februari 2019

Siput Goreng Masak Tiram

Siput Goreng Masak Tiram

Siput Goreng Masak Tiram
 Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Siput
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Sos tiram (ikut selera)
1 sudu sos cili
Secubit gula
Sedikit kicap (untuk bagi hitam)
Daun sup dan daun bawang


Cara Membuatnya :

1. Goreng bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Jangan goreng terlalu garing.

3. Kemudian, masukkan siput yang telah dibasuh.

4. Masukkan juga sos tiram, gula, kicap, sos cili dan sedikit air.

5. Apabila siput hampir masak, masukkan daun bawang dan daun sup.

6. Sedia untuk dihidang.


Nota :

Tak perlu masukkan garam kerana sos tiram dan kicap sudah masin.