Isnin, 11 Mac 2019

Kentang Goreng dengan Telur

Air Tangan :
Suhada Yusuf

Bahan-bahan :

Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
Kentang (dipotong nipis)
Telur
Garam


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2. Masukkan bawang merah dan bawang putih.

3. Tumis hingga bawang layu.

4. Masukkan ubi kentang, garam dan sedikit air bagi ubi empuk.

5. Akhir sekali masukkan telur.

6. Tunggu sehingga masak dan sedia untuk dihidang.

Ahad, 10 Februari 2019

Siput Goreng Masak Tiram

Siput Goreng Masak Tiram

Siput Goreng Masak Tiram
 Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Siput
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Sos tiram (ikut selera)
1 sudu sos cili
Secubit gula
Sedikit kicap (untuk bagi hitam)
Daun sup dan daun bawang


Cara Membuatnya :

1. Goreng bawang merah, bawang putih dan halia.

2. Jangan goreng terlalu garing.

3. Kemudian, masukkan siput yang telah dibasuh.

4. Masukkan juga sos tiram, gula, kicap, sos cili dan sedikit air.

5. Apabila siput hampir masak, masukkan daun bawang dan daun sup.

6. Sedia untuk dihidang.


Nota :

Tak perlu masukkan garam kerana sos tiram dan kicap sudah masin.


Selasa, 6 November 2018

Kek Pandan Versi Periuk Bakar Guna Dapur Gas


Air Tangan :
Ain Arina

Kredit Resipi :
Elly Faiz dan Facebook


Bahan-bahan :

1 cawan marjerin pelangi
1/2 cawan gula
3 biji telur
5 sudu susu pekat
5 sudu air pandan (blender daun pandan)
1 penutup pewarna hijau apple
1 ½ cawan tepung kek


Cara Membuatnya :

1. Blender semua bahan kecuali tepung hingga sebati.

2. Campurkan dalam tepung dan kacau secara kaup balik.

3. Masukkan dalam loyang, bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

4. Kek ini juga boleh dikukus, bergantung pada citarasa sendiri.

5. Cucuk dengan lidi, kalau tak melekit pada lidi bermakna kek sudah masak.

6. Sedia untuk dihidang .