Selasa, 6 November 2018

Kek Pandan Versi Periuk Bakar Guna Dapur Gas


Air Tangan :
Ain Arina

Kredit Resipi :
Elly Faiz dan Facebook


Bahan-bahan :

1 cawan marjerin pelangi
1/2 cawan gula
3 biji telur
5 sudu susu pekat
5 sudu air pandan (blender daun pandan)
1 penutup pewarna hijau apple
1 ½ cawan tepung kek


Cara Membuatnya :

1. Blender semua bahan kecuali tepung hingga sebati.

2. Campurkan dalam tepung dan kacau secara kaup balik.

3. Masukkan dalam loyang, bakar selama 45 minit atau sehingga masak.

4. Kek ini juga boleh dikukus, bergantung pada citarasa sendiri.

5. Cucuk dengan lidi, kalau tak melekit pada lidi bermakna kek sudah masak.

6. Sedia untuk dihidang .

Isnin, 5 November 2018

Donat Gebu

Air Tangan :
Suhada Yusuf

Bahan-bahan :

1 paket yis
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar gula
1 cawan air suam
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu kecil baking powder
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Campur yis, susu pekat, gula dan air suam dalam satu bekas.

2. Kacau bagi gula larut dan biarkan 10 minit sampai yis kembang.

3. Dalam bekas lain masukkan tepung, marjerin, baking powder dan garam.

4. Ramas sampai jadi serbuk roti.

5. Campur yis yang sudah kembang tadi.

6. Adunannya  mesti melekit dan jangan tambah tepung.

7. Kalau tak melekit tambah air lagi sedikit. Uli hingga menjadi doh.

8. Rehatkan selama 1 jam. Tutup dengan kain lembab.

9. Apabila sudah sejam tumbuk buang anginnya dan bolehlah dibentuk.

10. Rehatkan 30 minit dan bolehlah digoreng.

Ahad, 1 Julai 2018

Kek Marble Coklat Susu Salina Kitchen

Kek Marble Coklat Susu Salina Kitchen

Bahan-bahan :

¾ cawan gula kastor @ gula halus
¾ cawan buttercup
1 sudu besar ovalate
1 sudu esen vanila
4 biji telur gred A @ 5 biji telur gred C
¼ cawan @ 3 sudu besar susu pekat manis
¼ cawan @ 3 sudu besar minyak
1 ¾ cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
2 sudu serbuk koko
1 sudu perwarna coklat dark emulco


Cara Membuatnya :

1. Campur buttercup, gula kastor, esen vanila dan ovalate di dalam bekas.

2. Pukul atau putar sampai butter kembang putih gebu. Mulakan dengan speed perlahan dan seterusnya boleh guna speed laju selama 20 minit.

3. Kemudian, masukkan telur satu persatu. Putar lagi sampai adunan kembang dan berbuih-buih.

4. Seterusnya, masukkan susu pekat dan putar sekejap selama 3 minit.

5. Tambahkan minyak dan putar dalam 2 minit lagi.

6. Ayak tepung gandum bersama baking powder. Guna speed paling perlahan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis.

7. Apabila adunan sudah sebati, bolehlah bahagikan kepada dua bahagian. Satu adunan letakkan 2 sudu serbuk koko dan 1 sudu perwarna coklat dark emulco manakala satu adunan lagi biar warna asal.

8. Sapukan loyang dengan butter dan lapik dengan baking paper.

9. Cara nak buat corak belang-belang itu pula perlu tindankan adunan di tengah-tengah loyang berselang-seli warna. Mula dengan warna asal dan diikuti warna coklat dan warna asal semula. Buatlah seberapa banyak belang-belang.

10. Langkah terakhir untuk mencantikkan kek, kita buat corak-corak di atasnya. Tompokkan dua tiga sudu adunan warna coklat dan lorekkan guna lidi. Loreklah bentuk bunga, daun-daun dan sebagainya ikut kreativiti.

11. Panas oven 10 minit sebelum bakar kek tadi. Bakar pada suhu 160oC api atas bawah ikut jenis oven masing-masing selama 45 minit.

12. Boleh cucuk dengan lidi nak pastikan kek sudah masak atau belum. Kalau lidi yang dicucuk keluar bersih bermakna kek sudah masak.

13. Keluarkan kek dari oven dan terbalikkan atas redai sekejap dan terbalikkan semula. Penting untuk elak kek dari mendap dan menurun.


Nota :

Untuk dapatkan resipi kek ini step by step klik di sini