Sabtu, 30 Jun 2018

Resipi Nasi Ayam Salina Kitchen

Resipi Nasi Ayam
Air Tangan :
Salina Ismail


A) Bahan Untuk Stok @ Rebusan Ayam :

1 ekor ayam potong 4
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Kicap manis
Kicap cair
1 sudu sos tiram
1 sudu minyak bijan
1 sudu madu @ sedikit gula


Cara Membuat Stok Ayam :

1. Panaskan air yang banyak dalam periuk hingga mendidih. Air perlu lebih sebab guna untuk nasi, sos, kicap dan juga sup. Masukkan juga kiub pati ayam.

2. Blender 1 biji bawang besar, 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia. Simpan 2 sudu bahan kisar untuk tumis nasi dan selebihnya masukkan dalam air mendidih tadi dengan ayam.

3. Rebus sampai ayam masak empuk. Angkat dan tos sekejap.

4. Perap ayam dengan kicap manis, kicap cair, 1 sudu sos tiram, 1 sudu minyak bijan, 1 sudu madu @ sedikit gula. Perap ayam seketika.


B) Bahan Untuk Sos :

3 biji cili besar (buang biji)
4 biji cili kecil @ cabai melaka (nak pedas tambah lagi)
2 ulas bawang putih
2 sudu cuka
1 sudu gula
3 sudu sos cili
Sedikit garam
2 senduk air rebusan ayam


Cara Membuat Sos :

1. Blender cili, cuka, bawang putih dan juga 2 senduk air rebusan ayam tadi.

2. Blender sampai lumat dan masak sekejap atas api.

3. Masuk gula, garam dan sos cili.

4. Masak sampai agak-agak nak pekat boleh tutup api.


C) Bahan Untuk Kicap :

Kicap manis
Kicap cair
Sos tiram
Minyak bijan
Sedikit gula
1 senduk air rebusan ayam


Cara Membuat Kuah Kicap :

1. Lebihan perapan ayam tadi, tambah sikit lagi kicap manis, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, sedikit gula dan 1 senduk air rebusan ayam tadi.

2. Masak sekejap atas api sampai agak-agak kicap nak pekat boleh tutup api.


D) Bahan Untuk Nasi :

Lemak ayam (lemak dekat bawah peha ayam)
2 sudu butter
Bahan kisar tadi
4 sekawan
Daun pandan
1 batang serai (diketuk)
Air
Garam
Sedikit pewarna kuning


Cara Memasak Nasi :

1. Panaskan butter, masukkan lemak ayam, bawang kisar tadi, 4 sekawan, daun pandan dan serai.

2. Tumis sekejap sampai bawang wangi dan lemak ayam pecah minyak. Ambil lemak ayam tadi dan buang.

3. Masuk air rebusan ayam. 4 cawan beras boleh masukkan 5 cawan setengah air rebusan ayam tadi.

4. Masukkan garam dan sedikit pewarna kuning.

5. Tunggu mendidih boleh masukkan beras dan masak nasi macam biasa.

6. Nak dapatkan nasi yang cantik jangan selalu gembur beras. Tunggu button nasi sudah naik 10 ke 15 minit baru gembur nasi. Insya-Allah dapat nasi yang cantik tak patah-patah.


E) Cara Memasak Ayam Goreng :

1. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Guna api sederhana.

2. Masukkan ayam seketul sahaja sekali goreng.

3. Tutup dengan tudung periuk sebab nanti minyak meletup-letup masa goreng.

4. Balik-balikkan ayam. Goreng sekejap sahaja nampak ayam sudah tukar warna cantik boleh angkat. Hanya nak garingkan bahagian luar sahaja. Bahagian dalam ayam sudah masak.

5. Kemudian ayam tadi bolehlah dipotong ikut kesukaan.


F) Bahan Untuk Sup :

Air rebusan ayam tadi
1 sudu kicap masin
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng


Cara Memasak Sup:

1. Air rebusan ayam tadi, masukkan 1 sudu kicap masin, sedikit lada sulah dan garam.

2. Boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.


G) Bahan Hiasan :

Daun salad
Timun
Tomato


Ahad, 18 Mac 2018

Resipi Kek Marble


Air Tangan :
Suhana Yusuf
          
Bahan-bahan :

4 biji telur
1 cawan gula halus
250 gram mentega
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit serbuk koko


Cara Membuatnya :

1. Pukul gula dengan mentega sampai kembang.

2. Masukkan esen vanila dan telur satu persatu.

3. Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder diayak dulu.

4. Kemudian masukkan tepung yang diayak dalam adunan mentega tadi.

5. Kacau hingga sebati.

6. Asing adunan kepada 2 bahagian, sebekas warna coklat dan satu lagi warna kuning.

7. Sapu loyang dengan mentega. Tuang adunan berselang-seli dan lorekkan.

8. Panaskan oven. Bakar selama 1 jam 45 minit menggunakan api sederhana.

Sabtu, 24 Februari 2018

Kek Milo Kukus

kek milo
Air Tangan :
Shela Ismail

Bahan-bahan :

2 biji telur
1 cawan milo
1 cawan tepung gandum
1 camca kfc serbuk penaik
1 camca kfc soda bikarbonat
1 cawan minyak
Sedikit esen vanila
½ cawan gula halus
½ cawan susu pekat


Cara Membuatnya :

1. Blender telur sampai kembang dan gebu.

2. Kemudian masukkan gula, susu, esen vanila dengan minyak.

3. Blender lagi hingga sebati.

4. Ayak tepung gandum, milo, serbuk penaik dengan soda bikarbonat.

5. Tuang bahan yang diblender dan kacau menggunakan senduk nasi.

6. Kaupkan hingga adunan sebati dan tidak berketul.

7. Kukus adunan kek selama 45 minit.

8. Sedia untuk dihidang.