Air Tangan :
Salina Ismail
A) Bahan Untuk Stok @ Rebusan
Ayam :
1 ekor ayam potong 4
1 kiub pati ayam
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Kicap manis
Kicap cair
1 sudu sos tiram
1 sudu minyak bijan
1 sudu madu @ sedikit gula
Cara Membuat Stok Ayam :
1. Panaskan air yang banyak dalam
periuk hingga mendidih. Air perlu lebih sebab guna untuk nasi, sos, kicap dan juga
sup. Masukkan juga kiub pati ayam.
2. Blender 1 biji bawang besar, 4
ulas bawang putih dan 1 inci halia. Simpan 2 sudu bahan kisar untuk tumis nasi
dan selebihnya masukkan dalam air mendidih tadi dengan ayam.
3. Rebus sampai ayam masak empuk.
Angkat dan tos sekejap.
4. Perap ayam dengan kicap manis,
kicap cair, 1 sudu sos tiram, 1 sudu minyak bijan, 1 sudu madu @ sedikit gula. Perap
ayam seketika.
B) Bahan Untuk Sos :
3 biji cili besar (buang biji)
4 biji cili kecil @ cabai melaka
(nak pedas tambah lagi)
2 ulas bawang putih
2 sudu cuka
1 sudu gula
3 sudu sos cili
Sedikit garam
2 senduk air rebusan ayam
Cara Membuat Sos :
1. Blender cili, cuka, bawang
putih dan juga 2 senduk air rebusan ayam tadi.
2. Blender sampai lumat dan masak
sekejap atas api.
3. Masuk gula, garam dan sos
cili.
4. Masak sampai agak-agak nak
pekat boleh tutup api.
C) Bahan Untuk Kicap :
Kicap manis
Kicap cair
Sos tiram
Minyak bijan
Sedikit gula
1 senduk air rebusan ayam
Cara Membuat Kuah Kicap :
1. Lebihan perapan ayam tadi, tambah
sikit lagi kicap manis, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, sedikit gula dan 1
senduk air rebusan ayam tadi.
2. Masak sekejap atas api sampai
agak-agak kicap nak pekat boleh tutup api.
D) Bahan Untuk Nasi :
Lemak ayam (lemak dekat bawah
peha ayam)
2 sudu butter
Bahan kisar tadi
4 sekawan
Daun pandan
1 batang serai (diketuk)
Air
Garam
Sedikit pewarna kuning
Cara Memasak Nasi :
1. Panaskan butter, masukkan
lemak ayam, bawang kisar tadi, 4 sekawan, daun pandan dan serai.
2. Tumis sekejap sampai bawang
wangi dan lemak ayam pecah minyak. Ambil lemak ayam tadi dan buang.
3. Masuk air rebusan ayam. 4 cawan
beras boleh masukkan 5 cawan setengah air rebusan ayam tadi.
4. Masukkan garam dan sedikit
pewarna kuning.
5. Tunggu mendidih boleh masukkan
beras dan masak nasi macam biasa.
6. Nak dapatkan nasi yang cantik
jangan selalu gembur beras. Tunggu button nasi sudah naik 10 ke 15 minit baru
gembur nasi. Insya-Allah dapat nasi yang cantik tak patah-patah.
E) Cara Memasak Ayam Goreng :
1. Panaskan minyak yang banyak dalam
kuali. Guna api sederhana.
2. Masukkan ayam seketul sahaja
sekali goreng.
3. Tutup dengan tudung periuk sebab
nanti minyak meletup-letup masa goreng.
4. Balik-balikkan ayam. Goreng sekejap
sahaja nampak ayam sudah tukar warna cantik boleh angkat. Hanya nak garingkan bahagian
luar sahaja. Bahagian dalam ayam sudah masak.
5. Kemudian ayam tadi bolehlah
dipotong ikut kesukaan.
F) Bahan Untuk Sup :
Air rebusan ayam tadi
1 sudu kicap masin
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Cara Memasak Sup:
1. Air rebusan ayam tadi,
masukkan 1 sudu kicap masin, sedikit lada sulah dan garam.
2. Boleh taburkan daun sup, daun
bawang dan bawang goreng.
G) Bahan Hiasan :
Daun salad
Timun
Tomato
Terliur bila tengok nasi ayam tu...
BalasPadamMemang nampak sedap
Padam