Air Tangan :
Ain Arina
Bahan-bahan :
Ayam
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Halia (dihiris)
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Rempah kurma
1 sudu rempah biji (dikisar)
Jintan manis (dikisar)
2 biji cabai hidup (dikisar)
6 tangkai cili kering (dikisar)
Lada (jika suka) (dikisar)
Santan daripada ½ biji kelapa
Sos tomato
1 sudu minyak sapi (jika suka)
Bawang besar (dipotong)
Buah tomato (dipotong)
Daun sup dan daun bawang (dipotong)
Cara Membuatnya :
1. Goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
2. Goreng bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang, bunga
cengkih dan kulit kayu manis.
3. Apabila bawang sudah kekuningan, masukkan rempah kurma yang
diblender halus bersama rempah biji, jintan
manis, cabai hidup, cabai kering dan lada.
4. Biarkan hingga pecah minyak, masukkan ayam, santan dan sos
tomato.
5. Jika mahu masakan lebih wangi masukkan minyak sapi.
6. Biarkan hingga agak pekat letakkan bawang besar, buah
tomato, daun bawang dan daun sup agar masakan lebih sedap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan