Bahan Membuat Kuih Loyang Pedas :
1 kg tepung beras
3 genggam tepung ubi
Cili kering
Lada hitam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Jintan manis
2 sudu gula
½ sudu garam
Udang kering
3 biji telur
Santan pekat
Sedikit ajinomoto
Cara Membuat Kuih Loyang Pedas :
1. Blender cili kering, lada hitam, bawang merah, bawang putih
dan jintan manis.
2. Apabila sudah lumat, masukkan gula, garam dan ajinomoto.
Blender hingga sebati.
3. Masukkan tepung beras dan tepung ubi di dalam bekas. Gaul
sedikit.
4. Kemudian baru masukkan bahan blender tadi. Kacaukan.
5. Blender pula udang kering dan telur sehingga lumat.
6. Masukkan sekali dalam bancuhan tadi. Kacau bagi sebati.
7. Masukkan santan pekat dan kacau lagi.
8. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
9. Jika terlalu pekat masukkan air secukupnya.
10. Goreng sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan