:::.Sajian Hati.:::

:::.Manis Strawberi.:::

Rabu, 16 Oktober 2013

Serunding Daging

Bahan-bahan :

½ kilo daging (dipotong dadu)
½ biji kelapa parut
2 sudu besar minyak kelapa (untuk menumis)
1 sudu besar jintan manis (ditumbuk halus)
½ sudu besar jintan putih (ditumbuk halus)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula pasir
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebesar ibu jari asam jawa
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Perap daging dengan kelapa parut, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, bawang merah, bawang putih, air asam jawa, gula dan garam selama empat minit.

2. Panaskan minyak dan masukkan daging yang diperap tadi.

3. Kacau daging berulang kali sehingga kering dan berderai. Kemudian angkat.

Selasa, 17 September 2013

Apam Betawi

Apam Betawi

Bahan-bahan :

1 cawan telur (lebih kurang 5 biji telur)
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar esen vanilla
Pewarna (jika suka)


Cara Membuatnya :

Pukul telur dengan gula hingga kembang dan gebu. Kemudian, masukkan esen vanilla. Kacau lagi.

Seterusnya masukkan tepung gandum dan pewarna. Kacau hingga sebati.

Alas acuan atau loyang dengan kertas terlebih dahulu kerana takut kuih akan melekat. Boleh juga menggunakan cawan kertas.

Panaskan tempat pengukus. Masukkan adunan dalam acuan dan kukus hingga masak. Kukus dengan api yang agak kuat.

Setelah sejuk bolehlah dipotong dan dihidang.

Ahad, 25 Ogos 2013

Biskut Buah Kana

Biskut Buah Kana

Bahan-bahan :
 
1 cawan gula halus
1 cawan marjerin
1 cawan tepung jagung
1 camca teh esen vanila
1 camca teh baking powder
Tepung gandum ikut lembut
2 biji telur ayam
Sedikit jem untuk menyapunya


Cara Membuatnya :
 
1. Marjerin dan gula dipukul sampai kembang.
 
2. Masukkan telur dan pukul lagi.
 
3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum, esen vanila, baking powder dan diuli sampai sebati.
 
4. Tekan ke dalam acuan dan bakar hingga masak.
 
5. Setelah sejuk, sapukan jem dan tangkupkan dua biskut menjadi satu.