Selasa, 22 Jun 2021

Kuih Puteri Ayu

 
Air Tangan :
 Cik Nurhidayah

Bahan-bahan :

4 biji telur

1 ½ cawan gula halus

1 sudu besar ovallette

1 sudu kecil perisa pandan

2 sudu kecil pewarna hijau

1 sudu kecil serbuk penaik

3 cawan tepung gandum (ayak)

1 ½ cawan santan

 

300 gram kelapa parut putih

1 sudu kecil garam

1 sudu besar tepung ubi

 

Cara Membuatnya :

1. Mula-mula masukkan telur, gula halus, ovallette, perisa pandan dan akhir sekali pewarna hijau.

2. Kisar semuanya hingga sebati.

3. Kemudian masukkan serbuk penaik, tepung gandum dan kisar lagi. 

4. Bila sebati, masukkan santan. Kisar sebati dan pastikan adunan tidak terlalu likat. 

5. Untuk kelapa, campurkan kelapa parut dengan garam dan tepung ubi. Gaulkan hingga sebati. 

6. Sapu acuan dengan sedikit minyak agar kuih tidak melekat. 

7. Masukkan kelapa parut, tekan dengan acuan lain agar lebih mampat. 

8. Kemudian, tekan pula dengan jari untuk lebih kemas.

9. Letakkan adunan yang dibancuh tadi sama paras dengan acuan agar tidak melimpah.

10. Kukus selama 10 minit, sejukkan seketika dan keluarkan kuih dari acuan.

11. Sedia untuk dinikmati.

 

Isnin, 8 Februari 2021

Masak Lemak Keman dengan Ikan Keli

Air Tangan :
 Rehan

Bahan-bahan :

Daun keman

Rempah ikan

Bawang putih

Santan

Garam secukup rasa

Sedikit serbuk kunyit

Ikan keli

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan daun keman dalam periuk dan air. Masak bagi lembut.

2. Apabila  daun keman sudah lembut, masukkan bawang putih dan rempah ikan.

3. Masak bagi mendidih dan boleh masukkan santan dan juga ikan.

4. Akhir sekali masukkan serbuk kunyit dan garam secukup rasa.

5. Sedia untuk dinikmati.

 

Sabtu, 12 Disember 2020

Asam Pedas Ikan (Tumis)


 
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan : 

20 tangkai cili kering

3 ulas bawang putih 

1 labu bawang besar

2 batang serai

Sedikit belacan

2 cm halia

1 cm lengkuas

Daun kesum

½ cawan air asam jawa

Bendi

Buah tomato

Ikan

 

Cara Membuatnya :  

1. Kisar cili kering, bawang putih, bawang besar, serai, belacan dan halia sampai lumat.

2. Panaskan sedikit minyak, tumis lengkuas bersama bahan yang dikisar tadi.

3. Masukkan daun kesum, masak hingga pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.

5. Masukkan ikan, bendi dan akhir sekali buah tomato.

6. Masak hingga mendidih dan semua bahan lembut.

7. Tutup api dan sedia untuk dihidang.