Sabtu, 26 Julai 2025

Resipi Nasi Tomato Nazirah


Bahan-bahan :

Bawang besar (hiris)

Bawang putih (hiris)

Halia (hiris)

Minyak sapi

Kulit kayu manis

Bunga lawang

Buah pelaga

Tomato puri

Susu cair

Sos cili

Kiub ayam

Lobak merah (potong)

Garam

Daun pandan

Beras

 

Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia.

2. Tumis juga buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.

3. Lepas kekuningan letak tomato puri, susu cair, kiub ayam dan sos cili.

4. Kemudian masukkan air, lobak merah dan juga garam secukup rasa.

5. Tuangkan dalam periuk berisi beras yang sudah dicuci.

6. Letak daun pandan bagi wangi dan kismis. Masak nasi seperti biasa.


Jumaat, 29 November 2024

Air Koktail Syakirah

Air Koktail Syakirah

Air Koktail Syakirah

Bahan-bahan :

1 tin buah koktail

Epal merah (potong dadu)

1 @ 2 tin susu cair

10 sudu susu pekat manis (ikut citarasa)

Nata de coco (isi sahaja)

1 tin laici

 

Cara Membuatnya :

1. Tuang semua buah-buahan koktail dalam mangkuk.

2. Letak buah epal atau buah lain yang telah dipotong dadu.

3. Masukkan susu cair secukupnya.

4. Letak sikit susu pekat manis mengikut citarasa. Nak manis boleh lebihkan.

5. Masukkan nata de coco, airnya jangan letak sebab manis.

6. Kemudian tuangkan laici dalam tin.

7. Kacau semuanya sampai sebati.

8. Akhir sekali masukkan ketul ais dan sedia untuk dinikmati.