Bahan-bahan
:
3 cawan marjerin
2 cawan gula halus
2 ½ cawan tepung gandum
6 biji telur
3 cawan kelapa parut tidak terlalu tua (digoreng sebentar)
1 sudu besar baking powder
1 sudu teh esen vanila
Pewarna yang disukai
Cara
Membuatnya :
1. Pukul gula bersama marjerin hingga kembang.
2. Kemudian, masukkan esen vanila.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau lagi.
4. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
5. Kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
6. Akhir sekali, masukkan kelapa parut.
7. Asingkan adunan kepada beberapa bahagian.
8. Tuangkan pewarna yang disukai.
9. Sapukan loyang dengan sedikit marjerin.
10. Tuangkan adunan kek dan bakar sehingg masak.