Bahan-bahan
:
Ikan kembung
Bendi
Santan
Serbuk kunyit
Garam
Bahan
Untuk Blender :
2 sudu kecil rempah biji
Secubit jintan manis
Secubit jintan putih
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada
Cili kering
Bahan
Untuk Tumis :
Bawang merah
Bawang putih
Halba campur
Daun kari
Cara
Membuatnya :
1. Tumis bahan untuk ditumis
hingga kekuningan. Setelah itu, masukkan bahan yang telah diblender lumat dan
ditapis. Masukkan sedikit serbuk kunyit.
2. Biarkan pecah minyak. Apabila
pecah minyak, masukkan santan dan garam.
3. Perlahankan api, masukkan ikan
dan bendi. Biarkan masak.
4. Sedia untuk dihidang.