Air Tangan :
Ain Arina
Bahan-bahan
:
1 tin kacang merah (dibuang
airnya dan dibasuh)
Agar-agar
1 tin susu cair
1 sudu besar tepung jagung
Air
Gula secukup rasa
Secubit garam
Pewarna merah
Daun pandan (disimpul)
Cara
Membuatnya :
1. Taburkan setengah tin kacang
merah di atas loyang atau acuan.
2. Rebus agar-agar bersama daun
pandan hingga hancur dan masukkan gula.
3. Apabila sudah mendidih, ambil
setengah cawan dan tuangkan atas kacang tadi dan biarkan agar-agar agak keras.
4. Lebih agar-agar tadi, masukkan
susu cair setengah tin.
5. Apabila agar-agar kosong sudah
agak keras, tuangkan pula agar-agar susu ini dan biarkan agak keras lagi.
6. Langkah terakhir, lebih
agar-agar susu tadi pula boleh masukkan kacang merah yang telah diblender lumat
bersama setengah tin susu cair, pewarna merah dan juga tepung jagung.
7. Rebus hingga mendidih dan masukkan
secubit garam bagi rasa lemak.
8. Kemudian, tuang dalam acuan tadi.
Biarkan ia keras sepenuhnya.
9. Sedia untuk dinikmati.