Sumber
Resipi :
Ain Aleesya
Bahan Untuk Membuat Bihun Sup Tumis Darat :
Perencah sup
Serbuk lada
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Ayam
Ubi kentang
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Cara
Memasak Bihun Sup Tumis Darat :
1. Bancuh perencah sup di dalam
periuk dan masukkan sedikit serbuk lada.
2. Letakkan juga bunga lawang,
bunga cengkih dan kulit kayu manis.
3. Masak atas api dan masukkan ayam
yang dipotong halus.
4. Apabila ayam separuh masak, masukkan
ubi kentang dan letakkan air secukupnya.
5. Perasakan dengan garam dan biarkan
ayam masak dan ubi empuk.
6. Dalam periuk lain, tumis bawang
merah, bawang putih dan halia.
7. Goreng hingga kuning dan naik
bau.
8. Masukkan bahan yang ditumis
beserta minyaknya ke dalam sup tadi.
9. Kacau hingga sebati dan taburkan
daun sup serta daun bawang.
10. Sedia untuk dihidang bersama
bihun.
Tips
Masakan :
Hidangkan bersama kicap dan cabai
melaka yang telah diblender. Pasti akan lebih menyelerakan…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan