Sabtu, 30 September 2017

Step by Step Cara Membuat Kek Marble Pandan dan Kek Marble Coklat Susu


Sumber Resipi :
Salina Kitchen

Bahan-bahan :

¾ cawan gula kastor @ gula halus
¾ cawan buttercup
1 sudu besar ovalate
1 sudu esen vanila
4 biji telur gred A @ 5 biji telur gred C
¼ cawan @ 3 sudu besar susu pekat
¼ cawan @ 3 sudu besar minyak
1 ¾ cwn tepung gandum
1 sudu kecil baking powder


Cara Membuatnya :


Campur buttercup, gula kastor, esen vanila dan ovalate di dalam bekas.


Pukul atau putar sampai butter kembang putih gebu. Mulakan dengan speed perlahan dan seterusnya boleh guna speed laju selama 20 minit.


Kemudian, masukkan telur satu persatu. Putar lagi sampai adunan kembang dan berbuih-buih.
  

Seterusnya, masukkan susu dan putar sekejap selama 3 minit.


Tambahkan minyak dan putar dalam 2 minit lagi.


Ayak tepung gandum bersama baking powder. Guna speed paling perlahan dan masukkan tepung sedikit demi sampai habis.



Apabila adunan sudah sebati, bolehlah letak pewarna dan perasa pilihan anda. Jika pilih marble coklat susu, letakkan 2 sudu serbuk koko dan 1 sudu perwarna coklat dark emulco. Satu adunan lagi biar warna asal.  Sapukan loyang dengan butter dan lapik dengan baking paper. 


Cara nk buat corak belang-belang tu senang jer.. Korang tindankan aje adunan tu di tengah-tengah loyang berselang seli warna.. Mula dengan warna asal.. Dan diikuti warna coklat dan warna asal semula.. Buatlah berapa banyak belang-belang yang korang nak.. Tindan-tindankan aje demo macam dalam gambar di atas.


Untuk last step saja nak nampak cantik sikit kita buatlah corak-corak atasnya... Tompokkan dua tiga sudu adunan warna coklat dan lorekkan aja guna lidi.. Loreklah bentuk bunga ka.. Daun-daun ka... Muka laki korang kaa.. Hahaha Upp lawak ja nahh...




Untuk membuat kek marble pandan, saya guna perisa pandan green coconut. Letak 1 sudu aje tambah 1 sudu kecil pewarna hijau... Selang selikan adunan mcm tadi.. Tindan-tindan aje kt tengah-tengah loyang ok.. Biar aduanan tu bergerak sendiri.. Korang x payah usik-usik dia dengan sudu ke senduk ke.. Kang x jadi corak belang-belang tu...



Lorek-lorekkan dengan lidi.. Panas oven 10 minit sebelum bakar kek tadi okeh... Bakar suhu 160'c api atas bawah ikut jenis oven masing-masing.. Masa 45 minit..
 


Boleh cucuk dengan lidi nak check kek dah masak ke belum.. Kalau cucuk lidi keluar bersih.. Maknanya kek dah masak.. Boleh keluarkan dari oven dan terbalikkan atas redai sekejap dan terbalikkan semula.. Penting untuk elak kek dari mendap dan menurun...


Ok setelah dibedah siasat... Tudia nampak tak kegebuannya di situ... Sgt moist, halus mulus. Tak terlalu manis. Manis-manis buah jer... Tak keringkan  anak tekak. Orang tua makan comfim tak tercekik...



Selamat Mencuba...

Sabtu, 1 Julai 2017

Daging Masak Paprik


Sumber Resipi :
Ain Arina
Bahan-bahan :

Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)
Serai (diketuk)
Cili kering (diblender)
Daging @ ayam
Sos cili
Daun limau purut
Garam
Lobak merah (dipotong)
Kubis bunga (dipotong)
Sonak jagung (dipotong)
Kacang panjang (dipotong)
Cabai melaka (jika perlu)
Bawang besar (potong bulat)
Air


Cara Membuatnya :

1. Goreng bawang merah, bawang putih dan serai sehingga kuning.

2. Kemudian masukkan cili kering yang telah diblender.

3. Biarkan cili kering masak seketika dan masukkan daging.

4. Masak hingga daging empuk.

5. Masukkan sos cili secukupnya dan daun limau purut.

6. Masukkan garam, lobak merah, bunga kubis, kacang panjang dan sonak jagung.

7. Biarkan sayur empuk dan jika mahu masakan lebih pedas masukkan cabai melaka.

8. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dipotong bulat.

9. Biarkan sekejap dan tutup api.

10. Sedia dihidang untuk santapan seisi keluarga.


Nota :

Tak perlu letak gula kerana sos cili sudah manis.

Rabu, 28 Jun 2017

Udang Goreng Kicap Manis

Udang Goreng Kicap Manis

Udang Goreng Kicap Manis
Sumber Resipi :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Udang
Bawang besar
Cabai melaka
Kicap manis
Garam @ sos tiram


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak, goreng udang, bawang besar dan cabai melaka.

2. Tuangkan kicap dan sos tiram secukupnya.

3. Goreng hingga udang masak dan sedia untuk dihidang.


Nota :

Jika masukkan sos tiram dalam masakan ini, tidak perlu masukkan garam lagi.