Ahad, 4 Mei 2025
Jumaat, 29 November 2024
Air Koktail Syakirah
Bahan-bahan :
1 tin buah koktail
Epal merah (potong dadu)
1 @ 2 tin susu cair
10 sudu susu pekat manis (ikut citarasa)
Nata de coco (isi sahaja)
1 tin laici
Cara Membuatnya :
1. Tuang semua buah-buahan koktail dalam mangkuk.
2. Letak buah epal atau buah lain yang telah dipotong dadu.
3. Masukkan susu cair secukupnya.
4. Letak sikit susu pekat manis mengikut citarasa. Nak manis boleh lebihkan.
5. Masukkan nata de coco, airnya jangan letak sebab manis.
6. Kemudian tuangkan laici dalam tin.
7. Kacau semuanya sampai sebati.
8. Akhir sekali masukkan ketul ais dan sedia untuk dinikmati.
Isnin, 12 Februari 2024
Resipi Sambal Ikan Bilis
Bahan-bahan :
3 senduk kecil cili kisar
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
Halia (kisar)
Bawang besar (kisar)
Sedikit air asam jawa
1 senduk kecil gula
3 sudu kecil garam
1 cawan air
Ajinamoto
500 gram ikan bilis
Cara Membuatnya :
1. Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia kisar.
2. Masuk cabai kisar dan masak sampai pecah minyak.
3. Rebus ikan bilis, sejat dan buang airnya.
4. Masukkan ikan bilis yang direbus tadi.
5. Masukkan gula, garam dan ajinamoto.
6. Masuk air asam jawa dan 1 cawan air.
7. Kacau sampai kuah cabai agak pekat.
8. Biar sekejap dan tunggu sampai masak.