Sabtu, 6 April 2019

Muffin Pisang Coklat Chip

Muffin Pisang Coklat Chip
Air Tangan :
Suhada Yusuf

Bahan A :

2  cawan tepung gandum
1  sudu teh soda bikarbonat
1 ½ sudu teh baking powder


Bahan B :

200  gram  pisang masak ranum (lebih kurang  3-4 biji)
½ sudu teh garam
2 biji telur gred A/B
1 1/3 cawan gula perang
½ sudu teh esen vanila
½ cawan minyak masak
1/3 cawan susu segar
½ cawan coklat chip
Badam untuk hiasan (tak letak)


Cara Membuatnya :

1. Campurkan kesemua bahan A dan ayak.  Ketepikan.

2. Lecek pisang hingga hancur dan letakkan garam. Gaul rata. Ketepikan.

3. Di dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.  Masukkan gula dan esen vanila.  Pukul lagi.

4. Setelah adunan kembang, masukkan pisang lecek dan kacau sebati.

5. Masukkan minyak dan bahan A sedikit demi sedikit secara bersilih ganti dengan menggunakan kaedah kaup balik menggunakan spatula.

6. Kemudian masukkan susu segar, kaup balik hingga sebati.

7. Akhir sekali masukkan coklat chip, gaul rata (jangan terlebih gaul).

8. Sudukan adunan tadi ke dalam cawan kertas (jangan terlalu penuh).  Taburkan badam sebagai hiasan.

9. Bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit atau hingga masak sepenuhnya.


Nota : 

1. Jika menggunakan gula putih @ gula kastor, kurangkan sukatan gula kepada ¾ @ 1 cawan sebab gula perang kurang manis berbanding gula putih.

2. Jika ingin menggunakan pisang emas (anggaran 8-9 biji bergantung pada saiz pisang emas).


Sumber Resepi :

http://zaralovebaking.blogspot.com/2017/08/muffin-pisang-coklat-chip.html

Selasa, 2 April 2019

Kek Coklat Cheese Suhada




Air Tangan :
Suhada Yusuf


Bahan Untuk Kek Coklat :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 ½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder


Cara Membuat Kek Coklat :

1. Campurkan serbuk koko, gula pasir, susu pekat, susu cair dan minyak masak.

2. Masak atas api yang kecil sampai semuanya sebati.

3. Tutup api dan biarkan sejuk.

4. Pukul telur sehingga kembang dan masukkan esen vanila.

5. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder.

6. Masukkan campuran coklat yang telah disejukkan ke dalam telur. Kacau sebati.

7. Kemudian masukkan tepung, kaup balik sehingga semua sebati.

8. Masukkan dalam loyang atau bekas yang sesuai.

9. Kukus selama sejam atau sehingga masak menggunakan api besar.


Bahan Untuk Frosting :

250 gram cream cheese
120 gram gula aising
125 gram butter
1/2 sudu kecil lemon paste


Cara Membuat Frosting :

1. Putar sebati semuanya dan bolehlah disapu pada kek.

2. Sagat cheese dan bolehlah ditabur atas kek coklat tadi.


Nota :

1. Jika tiada lemon paste, boleh gantikan dengan perahan lemon atau cuka. Jika tak suka masam, tak perlu masukkan lemon paste.

2. Resipi frosting ini lebih tahan lama di luar kerana berasaskan butter.

Isnin, 11 Mac 2019

Kentang Goreng dengan Telur

Air Tangan :
Suhada Yusuf

Bahan-bahan :

Bawang putih (dihiris)
Bawang merah (dihiris)
Kentang (dipotong nipis)
Telur
Garam


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.

2. Masukkan bawang merah dan bawang putih.

3. Tumis hingga bawang layu.

4. Masukkan ubi kentang, garam dan sedikit air bagi ubi empuk.

5. Akhir sekali masukkan telur.

6. Tunggu sehingga masak dan sedia untuk dihidang.