:::.Sajian Hati.:::

:::.Manis Strawberi.:::

Sabtu, 30 September 2017

Resepi Daging Masak Hitam Salina Kitchen

Daging Masak Hitam Salina Kitchen
Sumber Resipi :
Salina Kitchen

Bahan-bahan :

1 kg daging (potong besar-besar)
1 genggam cili kering (belah tengah buang biji dan goreng kering)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
2 batang serai
Daun kari
½  cawan kicap manis kipas udang (agak-agak warna kuah bertukar gelap)
1 kiub pati ayam
1 paket kecil rempah perencah sup adabi
2 sudu gula
Sedikit garam
Cili besar dengan bawang hollan potong bulat (untuk hiasan)


Cara Membuatnya :

1. Panas minyak dalam kuali. Goreng cili kering sampai bertukar warna merah kegelapan tapi jangan sampai hangit dengan menggunakan api perlahan.

2. Kemudian angkat masuk dalam blender, kisar bersama bawang putih, bawang merah, halia dan sebatang serai hingga lumat.

3. Seterusnya, guna minyak yang sama bekas goreng cili tadi, masukkan bahan yang dikisar.

4. Masuk sekali daun kari, sebatang serai lagi yang diketuk, rempah perencah sup adabi, kicap, daging, kiub ayam dan gula.

5. Kemudian masuk 2 cawan air. Masak dengan api sederhana sampai daging lembut dan kuah sedang pekat.

6. Apabila daging sudah lembut boleh tambahkan sedikit garam.

7. Letakkan juga cili besar belah dua dan bawang hollan untuk hiasan penaik selera.

8. Tak perlu tambah perasa ajinomoto sebab sudah masukkan kiub ayam.

9. Sedia untuk dihidang untuk santapan keluarga.