Isnin, 26 Jun 2017

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa

Ikan Cencaru Sumbat Kelapa
Sumber Resipi :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Ikan cencaru
3 ulas bawang merah
10 tangkai cili kering
2 batang serai (hiris halus)
Secubit jintan manis
Belacan
½ keping asam keping yang kecil
Kelapa parut
Garam dan gula
Serbuk kunyit


Cara Membuatnya :

1. Bawang merah, cili kering, serai, jintan manis, belacan dan asam keping dikisar hingga lumat.

2. Kemudian masukkan kelapa parut dan kisar sekali lagi.

3. Kisar sekejap sahaja dan tidak sampai lumat.

4. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam pinggan.

5. Letakkan sedikit garam, gula dan serbuk kunyit. Gaul hingga sebati.

6. Sumbatkan dalam perut ikan sampai penuh.

7. Goreng dengan menggunakan sedikit minyak dan dilapik dengan daun pisang.

Agar-agar Kering Ain



Sumber Resipi :
Ain Arina

Bahan-bahan :

1 tahil agar-agar
1 kg gula pasir
100 gram gula batu
Air
Pewarna


Cara Membuatnya :

1. Guna periuk sederhana besar, masukkan air separuh daripada periuk tersebut.

2. Rebus agar-agar hingga mendidih dan hancur.

3. Kemudian, masukkan gula pasir dan gula batu.

4. Masak hingga gula larut. Tutup api.

5. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan masukkan pewarna.

6. Biarkan agar-agar keras dan bolehlah dipotong.

7. Jemur di bawah terik  matahari sehingga kering.

8. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga di hari lebaran.

Sabtu, 8 April 2017

Burger Malaysia Kak Shela

Burger Malaysia

Bahan-bahan :

6 senduk nasi tepung gandum (anggaran 3 cawan tepung gandum)
1 camca marjerin
1 camca gula
Secubit garam
1 biji telur                     
1 bungkus yis
Air


Cara Membuatnya :

1. Uli semua bahan sehingga doh menjadi lembut.

2. Biarkan ia kembang 2 kali ganda.

3. Apabila sudah kembang, tumbuk-tumbukkan doh.

4. Uli lagi sekali sehingga lembut.

5. Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang diingini.

6. Biarkan kembang sedikit dan rasa ringan. Kemudian goreng sampai masak.

7. Api jangan terlalu garang takut tidak masak di bahagian dalam.

8. Biarkan sejuk dahulu dan belah untuk masukkan timun dan sambal ikan bilis.

9. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.