Sabtu, 3 Disember 2016

Cucur Keria

Cucur Keria

Cucur Keria
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Ubi keledek
Sedikit garam
Tepung gandum secukupnya
Gula


Cara Membuatnya :

1. Kupas dan bersihkan ubi keledek.

2. Rebus ubi keledek hingga empuk dan masukkan sedikit garam.

3. Lenyek ubi hingga hancur dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

4. Masukkan tepung hingga adunan boleh dibentuk dijadikan gelang.

5. Jangan terlalu lembik atau terlalu keras.

6. Sebelum di letak atas talam, pastikan talam ditabur sedikit tepung dahulu.

7. Kemudian goreng hingga masak.

8. Masak air gula di atas api dan masukkan cucur keria.

9. Gaulkan hingga sekata dan sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 24 September 2016

Biskut Samperit Ain

Biskut Samperit Ain
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

2 cawan marjerin
1 cawan gula halus
2 biji telur
Sekampit tepung jagung
½ kampit tepung kastard
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh baking powder
Tepung gandum secukupnya
Ceri merah @ hijau


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan telur.

3. Masukkan tepung jagung, baking powder dan tepung kastard.

3. Kemudian masukkan sedikit tepung gandum hingga adunan sesuai untuk ditekan.

4. Tekan dengan acuan samperit dan letakkan ceri di tengahnya.

5. Bakar di dalam ketuhar hingga masak.

Ahad, 19 Jun 2016

Puding Pandan Kurma

Puding Pandan Kurma
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

1 tahil agar-agar
6 helai daun pandan (dikisar)
Gula secukup rasa
Santan pekat
Susu pekat manis
5 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan air)
Kurma (potong dadu)


Cara Memasaknya :

1. Rebus agar-agar bersama air sehingga hancur.

2. Masukkan gula secukup rasa.

3. Masukkan air daun pandan yang telah ditapis.

4. Masukkan juga santan pekat dan sedikit susu pekat manis.

5. Seterusnya, tuangkan bancuhan tepung kastard.

6. Kacau hingga mesra dan mendidih. Tutup api.

7. Tabur kurma yang dipotong dadu dalam loyang.

8. Tuang adunan agar-agar tadi di dalamnya.

9. Biarkan ia sejuk dan keras sepenuhnya.

10. Sedia untuk dinikmati.