Ahad, 19 Jun 2016

Paih Segera Ikan Sepat

Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

Ikan sepat @ ikan kembung
Cili kering
Belacan
Sedikit lada
Secubit jintan manis
5 ulas bawang kecil
3 batang serai (dipotong halus)
Sedikit garam
Kelapa parut
1 keping asam gelugur @ asam keping
Sedikit serbuk kunyit


Cara Memasaknya :

1. Blender cili kering, belacan, lada, jintan manis sehingga lumat.

2. Masukkan bawang kecil, serai yang dipotong dan blender lagi.

3. Masukkan garam dan kelapa parut dan mesin sekejap.

4. Seterusnya, masukkan asam keping dan blender.

5. Blender sekejap sahaja dan tidak perlu terlalu lumat.

6. Kemudian, keluarkan dari blender dan masukkan serbuk kunyit.

7. Gaulkan adunan tadi bersama ikan.

8. Ambil daun pisang dan letak bahan yang digaul tadi dalam periuk ajaib.

9. Bakar atas api dapur seperti biasa dan api tidak boleh terlalu kuat.


Nota :

1. Masakan ini lebih sedap jika rencah atau adunannya ditumbuk bukan diblender.

2. Selain itu, masak menggunakan api sabut (kaedah tradisional )juga lebih enak.

Sabtu, 18 Jun 2016

Kari Ketam

Kari Ketam
Air Tangan :
Ain Arina

Bahan-bahan :

2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
Daun kari
2 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
Sedikit kulit kayu manis
1 bungkus kecil rempah kari daging
Sedikit lada
1 bungkus kecil kerisik
Ubi kentang
Santan
Garam secukup rasa


 Cara Membuatnya :

1. Goreng bawang merah, bawang putih, halia, daun kari,  bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis hingga kuning dan wangi.

2. Apabila bawang telah kekuningan, masukkan rempah daging atau rempah untuk ketam.

3. Blender sedikit lada untuk rasa lebih pedas dan masukkan.

4. Seterusnya, masukkan kerisik dan biarkan pecah minyak.

5. Kemudian, masukkan ubi kentang, ketam, santan dan garam secukup rasa.

6. Biar mendidih dan sedia untuk dihidang.

Sabtu, 21 Mei 2016

Air Koktel Jelly

Air Koktel Jelly

Bahan-bahan :

½ tin susu cair
Air masak
Sumi @ jelly perisa buahan (potong dua @ empat)
Gula (ikut manis)
Secubit garam halus


Cara Membuatnya :


1. Campurkan semua bahan dalam satu bekas.

2. Kacau hingga sebati atau sehingga gula larut.

3. Sejukkan di dalam peti sejuk dan bukan di tempat beku.

4. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.

5. Boleh juga masukkan buahan dalam tin jika suka.