Jumaat, 6 November 2015

Agar-agar 3 Layer

Agar-agar 3 Layer
Air Tangan Sahabat :
Ain Aleesya
Bahan-bahan :

Agar-agar
Gula secukup rasa
1 tin susu cair
Air
Pewarna
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar dengan daun pandan sehingga hancur.

2. Masukkan gula dan biarkan gula larut.

3. Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.

4. Angkat dan bahagikan kepada tiga warna.

5. Masukkan selapis demi selapis.

6. Biarkan ia sejuk dan keras sepenuhnya.

7. Sedia untuk dinikmati.

Jumaat, 11 September 2015

Bihun Sup Tumis Darat

Bihun Sup Tumis Darat
Sumber Resipi :
Ain Aleesya


Bahan Untuk Membuat Bihun Sup Tumis Darat :

Perencah sup
Serbuk lada
Bunga lawang
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Ayam
Ubi kentang
Bawang merah
Bawang putih
Halia


Cara Memasak Bihun Sup Tumis Darat :

1. Bancuh perencah sup di dalam periuk dan masukkan sedikit serbuk lada.

2. Letakkan juga bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

3. Masak atas api dan masukkan ayam yang dipotong halus.

4. Apabila ayam separuh masak, masukkan ubi kentang dan letakkan air secukupnya.

5. Perasakan dengan garam dan biarkan ayam masak dan ubi empuk.

6. Dalam periuk lain, tumis bawang merah, bawang putih dan halia.

7. Goreng hingga kuning dan naik bau.

8. Masukkan bahan yang ditumis beserta minyaknya ke dalam sup tadi.

9. Kacau hingga sebati dan taburkan daun sup serta daun bawang.

10. Sedia untuk dihidang bersama bihun.


Tips Masakan :

Hidangkan bersama kicap dan cabai melaka yang telah diblender. Pasti akan lebih menyelerakan…

Jumaat, 28 Ogos 2015

Resipi Labu Masak Lemak Kuning

Labu Masak Lemak Kuning
Labu Masak Lemak Kuning
Oleh : Salina Ismail


Bahan Untuk Membuat Labu Masak Lemak Kuning :

1 biji labu
1 ikat pucuk labu
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar
Serbuk kunyit
1 biji santan kelapa
Garam secukup rasa


Cara Memasak Labu Masak Lemak Kuning :

1. Potong labu bentuk kiub dan rebus sekejap.

2. Pucuk labu disiangkan dahulu duri-durinya.

3. Panaskan santan dalam periuk, masukkan serbuk kunyit, cili kisar, bawang putih dan garam.

4. Kacau perlahan-lahan supaya santan tidak pecah minyak.

5. Kemudian boleh masukan labu tadi.

6. Apabila labu hampir lembut, bolehlah masukkan pucuknya di akhir sekali.

7. Kacaukan sekejap dan tutup api.

8. Sedia untuk dihidangkan.