Ahad, 2 Ogos 2015

Biskut Tembikai

Biskut Tembikai

Bahan Membuat Biskut Tembikai :


150 gram gula kastor
250 gram mentega
1 biji kuning telur
1 sudu besar susu pekat manis
320 gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Pewarna merah dan hijau
1/8 sudu teh garam
Paper cups
Manik coklat
Benang


Cara Membuat Biskut Tembikai : 


1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.

2. Masukkan kuning telur, garam dan susu pekat. Putar hingga rata.

3. Masukkan tepung gandum yang diayak bersama baking powder.

4. Uli perlahan sehingga menjadi doh

5. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Warnakan dengan warna merah, hijau dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.

6. Kemudian buat bulat kecil adunan merah dan disalut dengan warna kuning seterusnya dengan warna hijau.

7. Potong 4 bebola yang dibentuk itu menggunakan benang.

8. Letakkan manik coklat di bahagian merah sebagai biji buah tembikai. Lebih baik jika diletak bijan hitam atau biji selasih.

9. Letakkan di dalam paper cup.

10. Buat sehingga siap dan bakar sehingga masak.

Selasa, 28 Julai 2015

Kuih Loyang Pedas Ain

Loyang Pedas

Bahan Membuat Kuih Loyang Pedas :


1 kg tepung beras
3 genggam tepung ubi
Cili kering
Lada hitam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Jintan manis
2 sudu gula
½ sudu garam
Udang kering
3 biji telur
Santan pekat
Sedikit ajinomoto


Cara Membuat Kuih Loyang Pedas :


1. Blender cili kering, lada hitam, bawang merah, bawang putih dan jintan manis.

2. Apabila sudah lumat, masukkan gula, garam dan ajinomoto. Blender hingga sebati.

3. Masukkan tepung beras dan tepung ubi di dalam bekas. Gaul sedikit.

4. Kemudian baru masukkan bahan blender tadi. Kacaukan.

5. Blender pula udang kering dan telur sehingga lumat.

6. Masukkan sekali dalam bancuhan tadi. Kacau bagi sebati.

7. Masukkan santan pekat dan kacau lagi.

8. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

9. Jika terlalu pekat masukkan air secukupnya.

10. Goreng sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 13 Jun 2015

Pengat Pisang

Pengat Pisang

Bahan-bahan :

Pisang (dipotong menyerong)
Gula melaka
Gula pasir
Secubit garam
Biji sagu
Santan
Daun pandan (diikat)


Cara Membuatnya :

1. Masukkan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan ke dalam periuk.

2. Masak sehingga gula melaka larut dan mendidih dengan api perlahan.

3. Masukkan pisang dan biji sagu. Biarkan hingga sagu masak. Tutup api.

4. Sedia untuk dihidangkan.