Selasa, 28 Julai 2015

Kuih Loyang Pedas Ain

Loyang Pedas

Bahan Membuat Kuih Loyang Pedas :


1 kg tepung beras
3 genggam tepung ubi
Cili kering
Lada hitam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Jintan manis
2 sudu gula
½ sudu garam
Udang kering
3 biji telur
Santan pekat
Sedikit ajinomoto


Cara Membuat Kuih Loyang Pedas :


1. Blender cili kering, lada hitam, bawang merah, bawang putih dan jintan manis.

2. Apabila sudah lumat, masukkan gula, garam dan ajinomoto. Blender hingga sebati.

3. Masukkan tepung beras dan tepung ubi di dalam bekas. Gaul sedikit.

4. Kemudian baru masukkan bahan blender tadi. Kacaukan.

5. Blender pula udang kering dan telur sehingga lumat.

6. Masukkan sekali dalam bancuhan tadi. Kacau bagi sebati.

7. Masukkan santan pekat dan kacau lagi.

8. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.

9. Jika terlalu pekat masukkan air secukupnya.

10. Goreng sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 13 Jun 2015

Pengat Pisang

Pengat Pisang

Bahan-bahan :

Pisang (dipotong menyerong)
Gula melaka
Gula pasir
Secubit garam
Biji sagu
Santan
Daun pandan (diikat)


Cara Membuatnya :

1. Masukkan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan ke dalam periuk.

2. Masak sehingga gula melaka larut dan mendidih dengan api perlahan.

3. Masukkan pisang dan biji sagu. Biarkan hingga sagu masak. Tutup api.

4. Sedia untuk dihidangkan.

Isnin, 13 April 2015

Kek Pelangi

Kek Pelangi

Bahan-bahan :

1 ½ cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus
2 ½ cawan tepung gandum
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Pewarna merah, hijau dan kuning.


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

2. Seterusnya, masukkan esen vanilla.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

4. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan.

5. Kacau hingga sebati.

6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.

7. Sapukan permukaan loyang dengan marjerin terlebih dahulu.

8. Tuangkan adunan kek dan bakar sehingga masak.

9. Sedia untuk dinikmati.